Connect with us

Terkini

YADIM hargai Majlis Gereja Malaysia sambut baik fatwa MAINJ

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sikap prihatin itu bakal menyuburkan keharmonian sesama kaum di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

YADIM hargai Majlis Gereja Malaysia sambut baik fatwa MAINJ
Foto: Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hargai kepekaan Majlis Gereja Malaysia (CCM) secara umum terima tindakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan fatwa larang umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri berkenaan.
  • Menurutnya, ia juga bertepatan dengan konsep Malaysia Madani digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
  • “Sikap toleransi dan saling mengambil peduli terhadap sensitiviti antara agama ini sememangnya selaras dengan ajaran Islam yang jelas sangat melarang umatnya dari melakukan sebarang bentuk penghinaan kepada sembahan agama lain seperti yang termaktub dalam Surah Al-Ana’am ayat 108.

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menghargai kepekaan Majlis Gereja Malaysia (CCM) yang secara umum mengalu-alukan tindakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sikap prihatin dan bertolak ansur yang ditunjukkan itu bakal menyuburkan keharmonian dan hubungan sesama kaum di negara ini.

Menurutnya, ia juga bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

“Sebagai sebuah agensi dakwah di negara ini, Yadim sentiasa komited untuk menganjurkan dialog silang budaya dengan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini bagi mengangkat agenda taaruf yang akan menghilangkan salah faham dan mempromosikan keharmonian antara agama, bangsa dan budaya.

“Buktinya sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Yadim komited meraikannya di seluruh negara dengan pengisian ilmu, kebudayaan dan kebajikan.

“Kita yakin dengan wujudnya organisasi yang matang dan rasional seperti CCM, budaya dialog dan program keharmonian akan semakin subur di Malaysia dan Yadim akan mempergiat lagi usaha ke arah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian Setiausaha Agung CCM, Jonathan Jesudas semalam yang menyatakan fatwa MAINJ adalah panduan yang baik bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam bagi lebih memahami had ditetapkan oleh undang-undang Islam adalah sesuatu yang baik dan wajar dipuji.

Jelasnya lagi, Yadim gembira apabila semakin banyak organisasi masyarakat sivil mula mengambil tanggungjawab dan peranan dalam mewujudkan keharmonian dalam negara serta tidak terikut-ikut dengan budaya pelampauan yang wujud di seluruh dunia seperti Islamofobia atau budaya takfiri yang sangat jelas berbahaya.

“Sikap toleransi dan saling mengambil peduli terhadap sensitiviti antara agama ini sememangnya selaras dengan ajaran Islam yang jelas sangat melarang umatnya dari melakukan sebarang bentuk penghinaan kepada sembahan agama lain seperti yang termaktub dalam Surah Al-Ana’am ayat 108.

“Yadim yakin Malaysia Madani hanya dapat direalisasikan sekiranya setiap warga watan ini lebih mahu mengambil tanggungjawab bersama yang perlu dimainkan berbanding membesar-besarkan perbezaan yang secara fitrah telah sedia wujud. Setiap perbezaan wajar digarap untuk membina kekuatan dan bukannya mencarik perpaduan,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending