Connect with us

Terkini

Valentine’s Day bukan anjuran Islam – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada hari ini, 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.

Ziera Adurah

Published

on

Valentine’s Day bukan anjuran Islam - JAKIM
Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM.
  • JAKIM mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.
  • Rasulullah SAW bersabda bahawa, ‘barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka’.
  • “Islam tidak menghalang kasih sayang selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada hari ini, 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.

JAKIM dalam kenyataan itu berkata, Rasulullah SAW bersabda bahawa, ‘barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka’.

“Islam tidak menghalang kasih sayang selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Sumber foto: JAKIM.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-71, memutuskan amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam ‘Bayan Linnas Siri Ke- 84: Ke Mana Arah Tuju Hari Kekasih?’, turut menyatakan sambutan itu adalah diharamkan di dalam Islam berdasarkan data-data jelas menunjukkan ia memang membawa budaya maksiat dan perzinaan di samping menyerupai budaya buruk yang luar daripada ajaran Islam. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending