Connect with us

Terkini

Tubuh RCI teliti isu integriti, kebebasan institusi kehakiman, perundangan

Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan institusi kehakiman dan perundangan di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tubuh RCI teliti isu integriti, kebebasan institusi kehakiman, perundangan
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan dalam masa terdekat bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119). – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
  • RCI akan meneliti dakwaan terkandung dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tulisan bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas.
  • “RCI akan kemukakan syor menambah baik dan tingkatkan keyakinan masyarakat umum terhadap institusi perkhidmatan perundangan negara.
  • “Ia adalah demi memelihara dan menjaga nama baik jawatan Peguam Negara atau Pendakwa Raya dan institusi Jabatan Peguam Negara (AGC), yang adil, bebas dan profesional, termasuk keperluan untuk pinda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan institusi kehakiman dan perundangan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata RCI itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Beliau berkata, RCI itu juga akan meneliti dakwaan yang terkandung dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tulisan bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas.

“Selain itu, RCI ini akan juga antara lain akan mengemukakan syor bagi menambah baik dan meningkatkan keyakinan masyarakat umum terhadap institusi perkhidmatan perundangan negara.

“Ia adalah demi memelihara dan menjaga nama baik jawatan Peguam Negara atau Pendakwa Raya dan institusi Jabatan Peguam Negara (AGC), yang adil, bebas dan profesional, termasuk keperluan untuk meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), yang meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Azalina berkata, AGC sudah memberi taklimat berhubung perkara terbabit, termasuk cadangan mengenai langkah seterusnya yang perlu diambil bagi tujuan itu, pada 7 Disember lalu.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pentadbiran terdahulu pada 15 Jun 2022 bersetuju dengan syor Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah supaya Kertas Pertimbangan berkaitan Hasil Kajian Pengasingan Kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara ditangguhkan.

“Ini kerana perkara itu membabitkan implikasi kewangan dan perundangan yang besar serta kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan AGC.

“Bagaimanapun, Kerajaan Perpaduan komited terhadap reformasi institusi, antara lainnya pengasingan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk memastikan supaya pendakwaan adalah bebas daripada sebarang konflik kepentingan,” katanya.

Januari lalu, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI bagi meneliti secara menyeluruh Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending