Connect with us

Antarabangsa

Taliban guna bazuka letupkan bendera Sweden

Sebuah video tular di media sosial memaparkan  sekumpulan lelaki dipercayai pejuang Taliban di Kandahar, Afghanistan menembak bendera Sweden sebelum meletupkannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Taliban guna bazuka letupkan bendera Sweden
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah video tular di media sosial memaparkan  sekumpulan lelaki pejuang Taliban di Kandahar, Afghanistan menembak bendera Sweden sebelum meletupkannya.
  • Seorang daripada mereka menembak pelancar roket, menyebabkan bendera Sweden yang dilekatkan pada dinding sebuah bangunan meletup.
  • “Penduduk Kabul menyertai  demonstrasi untuk mengutuk perbuatan biadab Paludan,” kata jurucakap polis, Khalid Zadran.
  • Mereka kemudian berlalu sambil membawa bendera Taliban dan memberi tabik hormat menggunakan raifal.

 

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

KABUL –  Sebuah video tular di media sosial memaparkan  sekumpulan lelaki dipercayai pejuang Taliban di Kandahar, Afghanistan menembak bendera Sweden sebelum meletupkannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kumpulan lelaki tersebut berdiri sambil memegang bendera Taliban ketika seorang daripada mereka menembak ke arah bendera Sweden menggunakan raifal.

Barisan lelaki lain  turut dilihat dengan seorang daripada mereka menembak pelancar roket, menyebabkan bendera Sweden itu  yang dilekatkan pada dinding sebuah bangunan itu meletup.

Mereka kemudian berlalu sambil membawa bendera Taliban dan memberi tabik hormat menggunakan raifal.

Pada hujung bulan lalu, kerajaan Sweden memberi kebenaran kepada seorang pelampau sayap kanan, Rasmus Paludan untuk membakar satu kitab suci al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Stockholm.

Kemudian, pada 27 Januari, sebilangan rakyat Afghanistan melakukan protes bagi meluahkan rasa marah ke atas tindakan itu.

“Penduduk Kabul menyertai  demonstrasi untuk mengutuk perbuatan biadab Paludan,” kata jurucakap polis, Khalid Zadran.

Di wilayah Badakshan pula, seorang jurucakap pihak berkuasa wilayah berkata, beribu-ribu orang berkumpul selepas solat Jumaat pada minggu lalu  untuk melakukan protes.

Kementerian Luar Afghanistan mendesak kerajaan Sweden agar menghukum Paludan bagi mengelakkan insiden membakar kitab suci itu  daripada berulang.

Paludan, yang mempunyai kewarganegaraan Denmark dan Sweden didakwa membakar al-Quran sebagai tanda protes dengan mengulangi tindakan itu di hadapan sebuah masjid di Copenhagen, juga di hadapan kedutaan Turkiye. –  Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending