Connect with us

Terkini

Sultan Selangor titah KKM tambah doktor, kelengkapan hospital

Kementerian Kesihatan (KKM) diseru melihat keperluan fasiliti kesihatan negeri ini secara menyeluruh terutama melibatkan proses menunggu yang lama di hospital.

Wartawan TMT

Published

on

Sultan Selangor titah KKM tambah doktor, kelengkapan hospital
Foto: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) & Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa (kiri)
  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, lebih tujuh juta rakyat negeri ini memerlukan banyak fasiliti kesihatan dengan kemudahan peralatan terkini. 
  • “Masa menunggu untuk pembedahan dan rawatan lanjut juga mengambil masa berbulan-bulan. 
  • “Oleh itu, beta memohon agar kelengkapan hospital dan klinik kesihatan perlu diutamakan manakala jumlah doktor serta jururawat juga harus ditambah,”  titahnya.
  • Sultan Sharafuddin juga menyeru KKM meningkatkan keselamatan bekalan perubatan negara bagi menangani sebarang isu rantaian bekalan farmaseutikal global dan bersiap siaga bagi memastikan pengurusan hospital berjalan lancar.

 

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) diseru melihat keperluan fasiliti kesihatan negeri ini secara menyeluruh terutama melibatkan proses menunggu yang lama di hospital.

Hal demikian termasuklah situasi rakyat terpaksa menunggu lama di Bahagian Kecemasan kospital sebelum dimasukkan ke dalam wad kerana ramai pesakit di klinik kesihatan. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, lebih tujuh juta rakyat negeri ini memerlukan banyak fasiliti kesihatan dengan kemudahan peralatan terkini. 

“Masa menunggu untuk pembedahan dan rawatan lanjut juga mengambil masa berbulan-bulan. 

“Oleh itu, beta memohon agar kelengkapan hospital dan klinik kesihatan perlu diutamakan manakala jumlah doktor serta jururawat juga harus ditambah,”  titah baginda ketika berucap merasmikan Hospital Tanjong Karang yang baharu, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan diiringi Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pembinaan hospital yang diluluskan pada  2013 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 itu di atas tanah seluas 16.1 hektar dengan kos keseluruhan berjumlah RM269 juta menggantikan hospital lama di pekan Tanjong Karang berusia 57 tahun.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin, turut menyeru KKM meningkatkan keselamatan bekalan perubatan negara bagi menangani sebarang isu rantaian bekalan farmaseutikal global dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan bagi memastikan pengurusan hospital berjalan lancar.

Jelasnya, Malaysia menghadapi isu kekurangan bekalan ubat kritikal tahun lalu akibat penutupan dan sekatan oleh kerajaan China dan masalah perang di Rusia-Ukraine.

“Kerajaan terpaksa menyalurkan bekalan ubat selsema dan batuk kepada fasiliti kesihatan swasta kerana bekalan amat berkurangan di pasaran. Mengambil iktibar isu itu, kementerian perlu meningkatkan keselamatan bekalan perubatan kerana Malaysia amat bergantung kepada produk farmaseutikal yang diimport,” ujarnya.

Baginda menasihatkan, perkhidmatan kesihatan di hospital perlu mempunyai sistem pengurusan baik dan cekap supaya dapat menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan di Selangor. 

“Ini juga menjurus kepada penyelenggaraan hospital supaya peralatan dan infrastruktur sentiasa dalam keadaan baik untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada rakyat. 

“Bagi pengurusan fasiliti, penyenggaraan bangunan secara berjadual dan pemantauan fasiliti  berkala dapat meningkatkan jangka hayat bangunan hospital selain memberi faedah berterusan kepada penduduk setempat,” titahnya lagi. – 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Malaysia perlu kaji semula sokongan kepada “penyelesaian dua negara” Palestin – Perikatan Nasional

Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
  • Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.
  • “Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 
  • “Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.
  • “Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.

“Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 

“Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.

“Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Beliau berkata perjanjian penyelesaian dua negara bukanlah keinginan kerajaan zionis apabila rejim itu dengan jelas terus menerus menjalankan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin.

“Perjanjian untuk penyelesaian dua negara tidak lagi boleh dilaksanakan kerana Israel secara konsisten melanggarnya dengan melakukan genosid secara meluas ke atas rakyat Palestin.

“Undang-undang baru Israel ini menandakan kemunduran ketara dalam usaha penyelesaian dua negara. 

“Jelas sekali bahawa Israel tidak pernah berminat dengan penyelesaian dua negara, suatu perspektif didorong Perikatan Nasional supaya kerajaan berhenti mengesyorkannya,” katanya.

Perikatan Nasional turut menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu badan perundangan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan salah laku pendudukan Israel di wilayah itu yang menggesa aktiviti penempatan dihentikan serta-merta dan semua kerosakan diberikan pampasan. 

Keputusan itu menurut Perikatan Nasional secara amnya mengesahkan realiti semasa negara Palestin yang dijajah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending