Connect with us

Terkini

Saya minta ‘ubat’ paling bagus rawat lecur pada tangan Bella – Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengaku telah meminta ‘ubat’ paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya yang dikenali sebagai Bella.

Wartawan TMT

Published

on

Saya minta 'ubat' paling bagus rawat lecur pada tangan Bella - Siti Bainun
Foto: Siti Bainun.
  • Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengaku meminta ‘ubat’ paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya yang dikenali sebagai Bella.
  • Siti Bainun, 31, berkata dia bertanyakan mengenai ubat itu kepada seorang ahli farmasi melalui perbualan aplikasi WhatsApp dan memaklumkan kepada individu tersebut mengenai tangan Bella yang melecur teruk.
  • Siti Bainun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Shakira Aliana Alias pada perbicaraan bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini.
  • Siti Bainun tidak setuju dengan cadangan Shakira Aliana bahawa Bella hanya dirawat di rumah dan dia ke farmasi kerana mahu sembunyikan luka remaja perempuan itu.

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengaku telah meminta ‘ubat’ paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya yang dikenali sebagai Bella.

Siti Bainun, 31, berkata dia bertanyakan mengenai ubat itu kepada seorang ahli farmasi melalui perbualan aplikasi WhatsApp dan memaklumkan kepada individu tersebut mengenai tangan Bella yang melecur teruk.

Siti Bainun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Shakira Aliana Alias pada perbicaraan bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagaimanapun, Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan Shakira Aliana bahawa Bella hanya dirawat di rumah dan dia ke farmasi kerana mahu menyembunyikan luka remaja perempuan itu.

Shakira Allana: Kamu tahu Bella luka teruk dan perlu dibawa ke klinik, tetapi kamu tidak buat kerana kamu takut perbuatan kamu terhadap Bella terbongkar?

Siti Bainun: Tidak setuju.

Tertuduh juga menafikan bahawa Bella dijaga bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood (saksi pendakwaan kelima) semasa remaja itu cedera.

Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan dia tidak bersungguh-sungguh merawat Bella dan melepaskan tanggungjawab itu kepada Yasmin.

Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah, Siti Bainun mengarahkannya menyapu ubat pada luka Bella dan ubat itu dibeli sendiri oleh tertuduh.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending