Connect with us

Terkini

“PM dan TPM mohon ambil tindakan keras terhadap Guang Yik,” – Pemuda UMNO Melaka

Pemuda UMNO Melaka memberi amaran kepada bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik supaya tidak sesekali menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“PM dan TPM mohon ambil tindakan keras terhadap Guang Yik,” - Pemuda UMNO Melaka
Foto: Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Pemuda UMNO Melaka memberi amaran kepada bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik supaya tidak sesekali menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
  • “Bila disentuh soal agama dan bangsa itu perkara yang tidak boleh kita semua kompromi…sebab itu orang yang sebegini layak dipanggil bangsat. – Naib Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh
  • “Malam ini pukul 8 kita akan buat laporan polis terhadap bangsat ini agar tindakan undang-undang yang keras boleh diambil kepada puak pelampau ini,” katanya dalam satu kenyataan di FB rasminya, semalam.
  • “Mohon YAB Anwar Ibrahim dan YAB Zahid Hamidi untuk ambil tindakan yang keras dan tegas terhadap bangsat ini.

MELAKA – Pemuda UMNO Melaka memberi amaran kepada bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik supaya tidak sesekali menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Naib Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan sebegitu tidak boleh diterima akal dan bertolak ansur kerana jelas telah menghina Islam.

“Bila disentuh soal agama dan bangsa itu perkara yang tidak boleh kita semua kompromi…sebab itu orang yang sebegini layak dipanggil bangsat.

“Malam ini pukul 8 kita akan buat laporan polis terhadap bangsat ini agar tindakan undang-undang yang keras boleh diambil kepada puak pelampau ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook (FB) rasminya di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan keras dan tegas terhadap atlet itu.

“Mohon YAB Anwar Ibrahim dan YAB Zahid Hamidi untuk ambil tindakan yang keras dan tegas terhadap bangsat ini.

“Mereka yang jauh dari Merlimau juga boleh buat laporan polis di balai polis yang terdekat,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial video Guang Yik yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.

Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM.

Justeru beliau mencadangkan agar pengurusan BAM ditukar kepada orang Cina.

Video itu didedahkan oleh sorang pengguna media sosial berketurunan Cina, Ah Boy Badminton di Twitter yang menterjemahkan ucapan Guang Yik.

Ah Boy menggesa Guang Yik supaya tidak bersikap rasis yang boleh mengganggu keamanan negara. 

Sumber: Malaysia Gazette

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *