Connect with us

Terkini

Pergi klinik kesihatan bagi kes bukan kecemasan – Pengarah Hospital Putrajaya

Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan, dan memberi laluan kepada pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.

Wartawan TMT

Published

on

Pergi klinik kesihatan bagi kes bukan kecemasan - Pengarah Hospital Putrajaya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia bagi beri laluan kepada pesakit kritikal yang perlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.
  • Ia membolehkan isu kesesakan atau jumlah pesakit ramai di hospital itu ditangani dengan baik. – Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said.
  • Pihak hospital sediakan 15 kerusi roda bagi pesakit memerlukan, dan pesakit atau waris boleh memohon di kaunter triage yang disediakan atau mendapatkan kerusi roda tambahan di kaunter keselamatan di Lobi Utama.
  • Pengguna Twitter, Nayli Majid dalam ciapannya membangkitkan beberapa isu berkaitan situasi Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya antaranya kekurangan doktor dan jururawat bertugas; jumlah pesakit ramai; tidak cukup tempat duduk untuk waris menunggu; kekurangan kerusi roda dan kerusi roda rosak.

PUTRAJAYA – Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan, dan memberi laluan kepada pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.

Dalam kenyataan pada Selasa, susulan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya dibangkitkan seorang pengguna Twitter pada Isnin (13 Februari), Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, ia bagi membolehkan isu kesesakan atau jumlah pesakit yang ramai di hospital berkenaan ditangani dengan baik.

Merujuk kepada ciapan di platform Twitter bertarikh 13 Februari itu, beliau berkata, pihak Hospital Putrajaya mengambil maklum mengenai isu kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dibangkitkan oleh pemilik akaun tersebut, serta berterima kasih dan berlapang dada menerima pandangan yang dikemukakan.

Dr Nora’i berkata, pada 13 Februari, di antara pukul 11 malam hingga 1 pagi, bilangan pesakit di Zon Hijau hospital berkenaan ialah seramai 95 orang, dan jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang bertugas ialah 13 orang.

“Petugas lain termasuk jururawat juga bertugas pada kapasiti maksima dan para doktor serta kakitangan bergilir untuk memanggil pesakit, bagi mengelakkan pesakit menunggu lama dan memudahkan doktor mendapatkan maklumat terus daripada pesakit,” katanya.

Mengenai isu kerusi roda tidak mencukupi, Dr Nora’i berkata, pihak hospital telah menyediakan 15 kerusi roda bagi pesakit yang memerlukan, dan pesakit atau waris boleh memohon di kaunter triage yang disediakan atau mendapatkan kerusi roda tambahan di kaunter keselamatan di Lobi Utama.

“Pemantauan akan ditingkatkan bagi mengenal pasti kerusi roda yang uzur dan tidak sesuai digunakan orang awam,” katanya.

Mengulas mengenai ruang menunggu yang terhad, Dr Nora’i berkata, ruang menunggu ada disediakan berhampiran kawasan kaunter farmasi Jabatan Kecemasan dan di dalam kawasan ruang legar di Lobi Utama.

Pengguna Twitter, Nayli Majid dalam ciapannya membangkitkan beberapa isu berkaitan situasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya antaranya kekurangan doktor dan jururawat yang bertugas; jumlah pesakit yang ramai; tidak cukup tempat duduk untuk waris yang menunggu; kekurangan kerusi roda dan kerusi roda rosak. – Bernama.

Sumber : Bernama

 

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending