Terkini
Penubuhan Suruhanjaya Kesihatan, Kad Sihat antara kandungan Kertas Putih Kesihatan
Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan antara cadangan yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen.
- Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Kertas Putih itu kini dalam peringkat akhir rundingan bersama pemegang taruh dan dijangka dapat dibawa ke Parlimen pada Jun tahun ini.
- “Pertamanya kita mahu memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik daripada segi fasiliti, contohnya kita mempunyai klinik-klinik kesihatan yang daif terutamanya di Sabah dan Sarawak jadi itu perlu diperbaiki dan diperbetulkan.
- “Kita juga perlu melihat kepada insurans kesihatan, sebagai contoh saya yakin ini juga perkara boleh pertimbangkan adalah ‘Kad Sihat’ dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kad Sihat juga bagus dan boleh bawakan kerjasama daripada pihak swasta mainkan peranan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan kita sampai kepada rakyat,” katanya.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan antara cadangan yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Kertas Putih Kesihatan itu kini dalam peringkat akhir rundingan bersama pemegang taruh dan dijangka dapat dibawa ke Parlimen pada Jun tahun ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) merangka pelan kesihatan selama 15 tahun dan ia bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat adalah murah dan mencapai tahap yang optimum.
“Pertamanya kita mahu memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik daripada segi fasiliti, contohnya kita mempunyai klinik-klinik kesihatan yang daif terutamanya di Sabah dan Sarawak jadi itu perlu diperbaiki dan diperbetulkan.
“Selain itu, isu untuk menangani kesesakan juga turut diberikan perhatian yang mana ini termasuk penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan digital,” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Kedua, Dr Zaliha berkata, keutamaan turut akan diberikan kepada promosi pemerkasaan penjagaan kesihatan primer yang mana sasarannya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kesihatan.
“Kita mahu orang ramai menjadi sihat sekaligus akan mengurangkan orang ramai pergi ke hospital atau klinik. Ini penting yang kadang-kala kita tertinggal malah sekarang pun kita banyak laksanakan program tentang kesedaran kesihatan supaya rakyat tahu dan jelas kenapa perlu sihat dan elakkan penyakit.
“Dalam pada itu, melalui kertas putih itu juga terkandung apa yang kita panggil sebagai ‘Perbelanjaan Sistem Kesihatan’, kita nak cuba dapatkan bajet terbaik untuk memastikan perkhidmatan kita berjalan dengan lancar namun kita juga mengambil maklum mengenai kekangan sistem kewangan negara.
“Kita juga perlu melihat kepada insurans kesihatan, sebagai contoh saya yakin ini juga perkara yang kita boleh pertimbangkan adalah ‘Kad Sihat’ yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kad Sihat juga bagus dan boleh bawakan kerjasama daripada pihak swasta untuk sama-sama mainkan peranan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan kita sampai kepada rakyat,” ujarnya.
Dr Zaliha turut mengesahkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Kesihatan akan diangkat bagi memastikan setiap perancangan dalam kertas putih kesihatan dilaksanakan sepanjang tempoh 15 tahun.
“Ini merangkumi isu sedia ada yang perlu kita baiki kemudian ke peringkat pertengahan dan jangka masa panjang,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord