Connect with us

Antarabangsa

Pengguna Twitter kecam pelakon India jadikan poligami bahan gurauan

Pengguna internet mengecam pelakon dari India yang membuat jenaka berhubung poligami di media sosial selepas video lama itu tular semula di laman sosial.

Published

on

Pengguna Twitter kecam pelakon India jadikan poligami bahan gurauan
Foto: R Madhavan
  • Warganet mengecam pelakon dari India yang membuat jenaka berhubung poligami di media sosial selepas video lama itu tular semula di laman sosial.
  • R Madhavan didakwa bersikap Islamofobia susulan tindakannya yang disifatkan sebagai anti-Islam.
  • Meskipun pelakon itu menerima sambutan gelak ketawa penonton, bagaimanapun respon netizen ternyata berbeza sama sekali.
  • Seorang netizen berkata, “Tak sangka ini daripadanya. Tetapi seperti kata orang – pelakon yang hebat mungkin bukan manusia yang hebat”.

 

NEW DELHI – Pengguna internet mengecam pelakon dari India yang membuat jenaka berhubung poligami di media sosial selepas video lama itu tular semula di laman sosial.

R Madhavan didakwa bersikap Islamofobia susulan tindakannya yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Pengguna Twitter, Harsh Goenka berkata Madhavan bergurau mengenai poligami dengan menceritakan kisah ‘Abdul’ membawa isterinya berjunpa doktor kerana sakit perut. 

Sambungnya, setahun selepas merawat isteri berkaitan penyakit apendiks, Abdul menelefon doktor sekali lagi memintanya mengeluarkan apendiks isterinya.

“Untuk ini, doktor memberitahu Abdul bahawa ‘setiap manusia mempunyai satu apendiks’. R Madhavan meneruskan jenakanya dengan menyatakan, ”Abdul membalas dengan sangat lemah lembut ‘Tuan, saya bersetuju dengan anda. Setiap manusia boleh ada satu apendiks sahaja, tetapi seorang lelaki boleh mempunyai dua isteri, kan’,” kata Madhavan dalam video lama yang tular kembali itu.

Bukti yang menunjukkan Madhavan mengeluarkan kenyataan bersifat anti-Islam

 

Meskipun pelakon itu menerima sambutan gelak ketawa penonton, bagaimanapun respon netizen ternyata berbeza sama sekali.

Seorang netizen berkata, “Tak sangka ini daripadanya. Tetapi seperti kata orang – pelakon yang hebat mungkin bukan manusia yang hebat”.

Sumber: M India

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author