Connect with us

Terkini

Pemandu mabuk menyebabkan kematian perlu dikenakan diyat – AJK Fatwa Kedah

Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah mencadangkan kerajaan mengenakan hukuman diyat ataupun bayaran ganti rugi kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian sebagai hukuman tambahan untuk hukuman sedia ada.

Hidayah Sani

Published

on

Pemandu mabuk menyebabkan kematian perlu dikenakan diyat - AJK Fatwa Kedah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah mencadangkan kerajaan mengenakan hukuman diyat ataupun bayaran ganti rugi kepada pemandu mabuk menyebabkan kematian sebagai hukuman tambahan untuk hukuman sedia ada.
  • Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin, berkata ketika ini bayaran denda dikenakan ke atas pesalah akan diberikan kepada kerajaan bukan mangsa atau keluarga mangsa.
  • “Mungkin pemandu mabuk ini tidak dikenakan qisas (nyawa dibalas nyawa) tapi dikenakan diyat iaitu bayar ganti rugi dengan bayaran bersamaan 100 ekor unta kepada mangsa.”
  • Beliau harap pemandu mabuk menyebabkan kematian dijadikan kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan bukannya lagi kesalahan akta pengangkutan jalan.

 

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah mencadangkan kerajaan mengenakan hukuman diyat ataupun bayaran ganti rugi kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian sebagai hukuman tambahan untuk hukuman sedia ada.

Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin, berkata, ketika ini bayaran denda dikenakan ke atas pesalah akan diberikan kepada kerajaan bukan mangsa atau keluarga mangsa.

“Mungkin pemandu mabuk ini tidak dikenakan qisas tapi dikenakan diyat iaitu membayar ganti rugi dengan bayaran bersamaan 100 ekor unta kepada mangsa.

“Macam mana nak bayar itu keluarga dialah kena sama-sama tanggung tolak dari insurans takaful ke terpulanglah yang penting kita rasa pembelaan perlu diberikan kepada mangsa,” katanya kepada The Merdeka Times, semalam.

Beliau juga mengharapkan pemandu mabuk menyebabkan kematian dijadikan kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan bukannya lagi kesalahan akta pengangkutan jalan.

Ini berikutan, hanya perbicaraan melalui kesalahan di bawah kanun keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan netizen menuntut hukuman ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dikenakan hukuman berat seperti nyawa dibayar dengan nyawa dan sebatan.

Menurut mereka, hukuman sedia ada yang dikenakan ke atas pemandu mabuk adalah ringan dan langsung tidak menakutkan terutama melibatkan kes kematian mangsa tidak bersalah.– The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending