Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mogok bukan penyelesaian, Menteri Kesihatan ajak pekerja kesihatan bersemuka

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sedia bersemuka dengan pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Mogok bukan penyelesaian, Menteri Kesihatan ajak pekerja kesihatan bersemuka
Foto: Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sedia bersemuka dengan pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
  • Beliau menerusi video di Tik Tok hari ini, memaklumkan bertekad selesaikan masalah itu dan meminta pihak berkaitan berfikir lebih matang.

  • Beliau memahami masalah dan keresahan pekerja sektor kesihatan, namun meminta diberikan sedikit masa dalam mencari penyelesaian terbaik.

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sedia bersemuka dengan pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

Beliau menerusi video di Tik Tok hari ini, memaklumkan bertekad untuk menyelesaikan masalah itu dan meminta pihak yang berkaitan untuk berfikir dengan lebih matang.

“Saya sebenarnya mendengar ada pihak (mahu melakukan) ‘unannouced strike’, sama ada berlaku atau tidak, saya sendiri tidak ada kepastian

“Tetapi apapun saya minta kepada semua yang mungkin terbabit atau cuba terbabit dalam perkara ini, kena tahu bahawa perkara itu (mogok) tidak menyelesaikan masalah.

“Jadi yang terbaiknya kita bersemuka, anda boleh datang kepada saya. Saya minta kepada anda semua, kita berfikir dengan cara lebih matang, lebih baik, boleh datang berjumpa saya, berhubung dengan pegawai, kita bertemu, bersemuka (untuk) selesaikan masalah ini dan semuanya akan mendapat kebaikan daripada perkara ini,” katanya.

Katanya, beliau memahami masalah dan keresahan pekerja sektor kesihatan, namun meminta diberikan sedikit masa dalam mencari penyelesaian terbaik.

“Saya sangat faham mengenai masalah itu. Latar belakang saya sendiri sebagai doktor menyebabkan saya faham perkara itu dan bertekad untuk menyelesaikan masalah ini, kalau boleh hari ini, hari ini juga saya selesaikan.

“Bagaimanapun, semua kena faham ini memerlukan sedikit masa untuk untuk saya memahami lebih dalam perkara ini dengan sebaik-baiknya supaya penyelesaian terbaik dapat kita laksanakan,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee membangkitkan kebimbangan mengenai khabar angin mendakwa akan berlaku mogok dalam kalangan petugas kesihatan.

Katanya, beliau mengetahui perkara itu daripada beberapa doktor berstatus kontrak dan tetap selepas kecewa dengan tekanan dihadapi sistem kesihatan di negara ini.

Semalam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mengambil serius sentimen pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok berikutan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata biarpun tidak bersetuju dengan tindakan mogok itu, pihaknya memahami kekecewaan dan keletihan melampau dihadapi petugas berkenaan yang mahu suara mereka didengari.

Minggu lalu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak memaklumkan bersedia melakukan mogok sekali lagi jika Kementerian Kesihatan terus ‘membisu’ dalam menangani isu berkaitan sistem kesihatan negara dalam tempoh tiga bulan ini.

Jurucakapnya, Dr Muhammad Yassin, berkata gerakan itu memberi tempoh tiga bulan kepada kementerian sebelum mogok dirancang untuk dilakukan secara besar-besaran.

Sumber : Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending