Connect with us

Terkini

Majoriti pengkhitan belajar secara turun-temurun – Pakar Perubatan Keluarga

“Majoriti dari pengkhitan belajar melalui pengalaman dan pembelajaran sejak turun temurun,” demikian kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ketika mengulas isu khitan wanita pada Sabtu lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Majoriti pengkhitan belajar secara turun-temurun - Pakar Perubatan Keluarga
Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • “Majoriti dari pengkhitan belajar melalui pengalaman dan pembelajaran sejak turun temurun,” demikian kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ketika mengulas isu khitan wanita pada Sabtu lalu.
  • Kajian-kajian sebelum ini mendapati kebanyakan prosedur khitan dilakukan doktor dan individu yang mahir dengan amalan itu.
  • Khitan yang sebenarnya hanyalah melukakan sedikit atau merapikan dan tidak mendatangkan mudarat besar. 
  • Dr Suhazeli mencadangkan satu kajian ataupun case report yang lebih bermetodologi tinggi diadakan sekiranya ingin mengetahui sama ada wujud ataupun tidak komplikasi secara serius melibatkan khitan wanita di negara ini.

KUALA LUMPUR – “Majoriti dari pengkhitan belajar melalui pengalaman dan pembelajaran sejak turun temurun,” demikian kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ketika mengulas isu khitan wanita pada Sabtu lalu.

Beliau berkata kajian-kajian sebelum ini mendapati kebanyakan prosedur khitan dilakukan doktor dan individu yang mahir dengan amalan itu.

Katanya, khitan yang sebenarnya hanyalah melukakan sedikit atau merapikan dan tidak mendatangkan mudarat besar. 

“Kajian juga mendapati majoriti pengkhitan adalah di kalangan ustazah dan juga doktor yang menggunakan kaedah yang minima bukannya sama seperti digunakan di Afrika. 

“Maknanya mereka lebih faham batasan bagaimana untuk melakukan khitan ke atas bayi wanita. 

“Prof Rashid seperti mana rujukan yang saya sebutkan sebelum ini juga menyatakan bahawa trend akhir-akhir ini khitan wanita itu dilakukan doktor yang fasih di dalam anatomi manusia dan juga mengetahui bagaimana mengendalikan kes-kes jika berlaku komplikasi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan diadakan satu garis panduan pengkhitan disediakan dan penerangan kaedah-kaedah yang sebaiknya boleh dilakukan sama ada dikeluarkan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian wanita mahupun pihak agama sendiri. 

Katanya, kaedah yang tepat dan paling minima risiko kemudaratan perlu dijadikan garis panduan supaya tidak berlaku kes ekstrim.

Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa kajian mendapati 93 peratus hingga 99.3 peratus wanita di Malaysia berkhitan namun tiada pengakuan komplikasi yang teruk seperti parut besar, lubang vagina tertutup, sukar kencing, mengalami masalah semasa melakukan hubungan dengan pasangan dan sebagainya. 

Beliau berkata majoriti dalam kalangan mereka mengalami kesan ringan serta bersifat sementara seperti pendarahan sedikit dan sebagainya.

“Andai kata kita ingin mengharamkan dengan mengikut apa diarahkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sedangkan syariah kita masih lagi membenarkan perbuatan itu. 

“Bahkan masih dilakukan dan majoriti di kalangan pengendali khitan masih berpegang kepada hukum wajib / sunat. 

“Adakah kita ingin menuduh ibu bapa dan pengkhitan itu melawan fatwa haram? Isu kedua, rakyat dalam negara kita akan menuduh bahawa kerajaan itu telah liberal dan mengikut kaum kafir,” katanya yang turut menjelaskan bahawa sekalipun sesuatu perkara itu tidak ditemui melalui Sains, ia tidak bermakna Islam itu tidak benar.

Dr Suhazeli mencadangkan agar satu kajian ataupun case report yang lebih bermetodologi tinggi diadakan sekiranya ingin mengetahui sama ada wujud ataupun tidak komplikasi secara serius melibatkan khitan wanita di negara ini.

The Merdeka Times, sebelum ini melaporkan Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak menyarankan semua jenis prosedur Female Genital Mutilation (FGM) atau berkhitan buat bayi dan kanak-kanak perempuan diharamkan di Malaysia.

Saranan itu bagaimanapun menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan dan agamawan di negara ini.  – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr Suhazeli Abdullah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending