Connect with us

Antarabangsa

Korea Utara: Hukum penjara jika tonton filem Barat

Korea Utara melancarkan tindakan besar-besaran terhadap orang awam yang menonton filem dan program televisyen terbitan Barat, lapor akhbar Daily Star.

Wartawan TMT

Published

on

Korea Utara: Hukum penjara jika tonton filem Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kanak-kanak dan ibu bapa mereka berdepan hukuman penjara jika ditangkap menonton filem Hollywood.
  • Kanak-kanak yang didapati menonton filem Marvel boleh dihukum penjara lima tahun, manakala ibu bapa mereka ditahan selama enam bulan.
  • Bukan itu sahaja, rakyat Korea Utara yang bercakap, menari atau menyanyi seperti orang Korea Selatan juga berdepan hukuman keras baik untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
  • “Jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dari semasa ke semasa, mereka akan menari dan bernyanyi mengikut budaya kapitalisme dan menjadi antisosialis,” – Sumber, Radio Free Asia

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan tindakan besar-besaran terhadap orang awam yang menonton filem dan program televisyen terbitan Barat, lapor akhbar Daily Star.

Kanak-kanak dan ibu bapa mereka berdepan hukuman penjara jika ditangkap menonton filem Hollywood.

Terdapat permintaan besar untuk media Barat di Korea Utara yang terasing dari dunia luar di bawah pemerintahan Pemimpin Tertinggi, Kim Jong-un. Namun, sesiapa yang disabitkan bersalah menjual video seludup boleh dihukum mati.

Sebelum ini, orang awam yang didapati menonton filem Barat akan diberi amaran keras tetapi Radio Free Asia melaporkan, tiada lagi kelonggaran untuk ibu bapa dan anak-anak mereka yang terdedah kepada budaya Barat.

Di bawah peraturan baharu, kanak-kanak yang didapati menonton filem Marvel boleh dihukum penjara lima tahun, manakala ibu bapa mereka ditahan selama enam bulan.

Bukan itu sahaja, rakyat Korea Utara yang bercakap, menari atau menyanyi seperti orang Korea Selatan juga berdepan hukuman keras baik untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Arahan terbaharu itu menekankan tanggung jawab ibu bapa dengan mengatakan bahawa pendidikan kanak-kanak bermula di rumah, kata sumber kepada Radio Free Asia.

“Jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dari semasa ke semasa, mereka akan menari dan bernyanyi mengikut budaya kapitalisme dan menjadi antisosialis,” katanya.

Pada Oktober 2022, dua remaja yang didapati bersalah menonton dan berkongsi filem Korea Selatan telah dihukum mati oleh skuad penembak di bandar Hyesan, dekat sempadan  China.

China merupakan sumber utama bagi salinan rampasan filem dan muzik dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang diseludup ke Pyongyang dalam bentuk pemacu USB dan CD. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Gaza: Tentera zionis Israel diserang tebuan, anjing dan parasit

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
  • Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
  • Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
  • Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).

Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.

Askar yang cedera diberikan rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, dengan seorang daripadanya memerlukan rawatan rapi, kata laporan itu.

Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.

Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.

Walaupun tiada askar IOF cedera dilaporkan, mereka di lapangan mendakwa anjing-anjing tersebut terlalu agresif dan sentiasa merengus seolah-olah mahu merenggut tentera rejim. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending