Connect with us

Terkini

KJ jejas imej sendiri jika sertai PN – Penganalisis

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak mampu menghapuskan imej konservatif Perikatan Nasional (PN) atau meredakan ketakutan dalam kalangan orang Melayu dan bukan Islam di bandar dengan apa yang digelar “gelombang hijau”, kata penganalisis.

Wartawan TMT

Published

on

KJ jejas imej sendiri jika sertai PN - Penganalisis
Foto: Khairy Jamaluddin
  • Bekas ketua Pemuda Umno, KJ tidak mampu menghapuskan imej konservatif PN atau meredakan ketakutan kalangan orang Melayu dan bukan Islam di bandar dengan apa yang digelar “gelombang hijau”. – Penganalisis dari USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
  • Beliau berkata jika Khairy menyertai PN, gabungan itu bergantung kepadanya dengan harapan merampas negeri berkenaan. Namun, jika PN tumpas, nasibnya mungkin terumbang-ambing.
  • “Beliau kurang sokongan akar umbi dalam PN. Beliau akan dibiarkan bersendirian hinggakan penyokong pelbagai kaum dan di kawasan bandar mungkin meminggirkannya kerana berpihak kepada PN.
  • “Bersendiri dalam PN, Khairy berkemungkinan ‘ditelan’ oleh politik PN berbanding membentuk PN sebagai entiti pluralis selaras etos pegangannya,” katanya.

 

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak mampu menghapuskan imej konservatif Perikatan Nasional (PN) atau meredakan ketakutan dalam kalangan orang Melayu dan bukan Islam di bandar dengan apa yang digelar “gelombang hijau”, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Khairy sebelum ini pernah menolak tawaran PN untuk berpaling tadah ketika masih bersama Umno juga berisiko menjejaskan imej progresifnya.

Pada Isnin, Khairy berkata, beliau menerima beberapa tawaran bertanding pada pilihan raya negeri Selangor, bahkan ada satu parti berhasrat menamakannya mengisi jawatan menteri besar.

Bagaimanapun, menurut The Star, bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Umno bulan lalu itu, enggan mendedahkan parti mana membuat tawaran sedemikian.

Sumber terdekat memberitahu FMT, PN membuat tawaran itu kepada Khairy.

Fauzi berkata sekiranya Khairy memutuskan menyertai PN, gabungan itu akan bergantung kepadanya dengan harapan merampas negeri berkenaan. Namun, jika PN tumpas, nasibnya mungkin terumbang-ambing.

“Beliau kurang sokongan akar umbi dalam PN. Beliau akan dibiarkan bersendirian hinggakan penyokong pelbagai kaum dan di kawasan bandar mungkin meminggirkannya kerana berpihak kepada PN.

“Bersendiri dalam PN, Khairy berkemungkinan ‘ditelan’ oleh politik PN berbanding membentuk PN sebagai entiti pluralis selaras etos pegangannya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya benar Khairy menyertai PN dan berakhir dengan pihak kalah, sukar bagi bekas menteri kesihatan itu kembali bangkit, sekali gus memusnahkan imej progresifnya.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat, berkata menyertai PN merupakan perjudian bagi Khairy.

“Beliau pastinya membawa sebahagian besar pengundi pertengahan Melayu dan penyokong setia Barisan Nasional,” kata profesor dari Sunway Universiti kepada FMT. “Bagaimanapun, imejnya terjejas kerana bersekutu dengan PN, terutama jika PAS membuat kenyataan tidak masuk akal.”

Wong berkata, walaupun PN berjaya menarik Khairy, bukan Melayu dan liberal kekal menyokong PH dan BN.

 

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenapa kerajaan gelojoh gadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing? – Radzi Jidin

Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
  • Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.
  • Radzi berkata MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.
  • Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.
  • Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 
  • “Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
  • “Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!
  • “Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” kata Radzi.
  • Beliau menggesa Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.

Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.

Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 

“Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?

“Jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan  lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh Kerajaan tanpa  diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.

“Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan,  tentunya tidak. Untung MAHB pada tahun 2023 adalah RM543 juta  dengan tunai di tangan sebanyak RM1.845 billion,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Radzi berkata MAHB juga mempunyai pengalaman cukup panjang dan kedudukan kewangan baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gökçen International Airport di Turkiye sekiranya hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran.

Katanya, jika syarikat itu memerlukan kepakaran sekalipun, tidak bolehkah sekiranya ia diperolehi tanpa menggadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing.

Katanya, situasi itu jelas menunjukkan tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing. 

“Siapa sebenarnya yang  akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus  niaga ini?

“Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!

“Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” katanya.

Radzi  berkata adalah jelas tiada keperluan mendesak bagi kerajaan menyah senaraikan MAHB untuk diberikan blok 30 peratus saham kepada syarikat asing. 

Justeru, beliau menggesa supaya Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

Pada 15 Mei lalu, GDA dan pemegang sahamnya (Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana diuruskan Global Infrastructure Partners (GIP) salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending