Connect with us

Terkini

Kesesakan bukan punca pesakit mental tikam pesakit lain di Hospital Selayang

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kejadian pesakit mental menikam pesakit lain berpunca daripada kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

Wartawan TMT

Published

on

Kesesakan bukan punca pesakit mental tikam pesakit lain di Hospital Selayang
Foto: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
  • Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan punca pesakit mental menikam pesakit lain akibat kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.
  • Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit mental boleh bertindak di luar jangka di mana-mana tempat sekalipun. 
  • “Jabatan Kecemasan memang sentiasa sesak tetapi isunya ialah SOP. Kalau dia pesakit psikiatri, kita kena ada SOP supaya kita jaga keselamatan pesakit lain,” – Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

SUBANG: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kejadian pesakit mental menikam pesakit lain berpunca daripada kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan pesakit mental boleh bertindak di luar jangka di mana-mana tempat sekalipun.

Justeru, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) menguruskan pesakit mental yang dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan fasiliti kesihatan perlu diperkemaskan bagi mengelak situasi luar jangka membabitkan golongan itu berulang.

“Kita kena perkemaskan SOP, … kebetulan (pesakit mental) datang ke tempat kecemasan, itu jadi tanggapan disebabkan kesesakan.

“Kalau pesakit psikiatri terganggu fikiran, bukan di hospital pun dia akan jadi masalah juga. Jadi laporan nak tuju kepada kesesakan mungkin bukan sebab musabab. Yang penting adalah rawatan.

“Jabatan Kecemasan memang sentiasa sesak tetapi isunya ialah SOP. Kalau dia pesakit psikiatri, kita kena ada SOP supaya kita jaga keselamatan pesakit lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Inisiatif Pembedahan Global di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian malam tadi, seorang pesakit yang menunggu untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang ditikam seorang pesakit yang mengalami masalah psikiatri.

Mangsa yang cedera disahkan dalam keadaan stabil.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum dia diserang.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending