Connect with us

Terkini

Kertas Putih bukan cari kesalahan – Menteri Kesihatan

Penubuhan Jawatankuasa Kertas Putih bagi meneliti perolehan vaksin Covid-19 bertujuan mencari cara terbaik untuk melakukan penambahbaikan dengan mengambil maklum ia dibuat ketika negara berada dalam keadaan darurat.

Wartawan TMT

Published

on

Kertas Putih bukan cari kesalahan – Menteri Kesihatan
Foto: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
  • Penubuhan Jawatankuasa Kertas Putih bagi meneliti perolehan vaksin Covid-19 bertujuan mencari cara terbaik untuk melakukan penambahbaikan dengan mengambil maklum ia dibuat ketika negara berada dalam keadaan darurat.
  • Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penubuhannya bukan bertujuan mencari salah laku pentadbiran terdahulu.
  • “Kita tubuhkan jawatan kuasa untuk lihat sudut penyediaan kertas putih pembelian vaksin. Dalam masa sama kita juga lihat beberapa perkara yang boleh tambah baik selepas dengar pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
  • “Ia bukan bertujuan melihat kesilapan atau kesalahan tetapi lebih mencari cara terbaik yang lebih berintegriti bagi memastikan ada juga keuntungan pada pihak kerajaan.

JOHOR BAHRU: Penubuhan Jawatankuasa Kertas Putih bagi meneliti perolehan vaksin Covid-19 bertujuan mencari cara terbaik untuk melakukan penambahbaikan dengan mengambil maklum ia dibuat ketika negara berada dalam keadaan darurat.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penubuhannya bukan bertujuan mencari salah laku pentadbiran terdahulu.

“Kita tubuhkan jawatan kuasa untuk lihat sudut penyediaan kertas putih pembelian vaksin. Dalam masa sama kita juga lihat beberapa perkara yang boleh tambah baik selepas dengar pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Ia bukan bertujuan melihat kesilapan atau kesalahan tetapi lebih mencari cara terbaik yang lebih berintegriti bagi memastikan ada juga keuntungan pada pihak kerajaan.

“Kita faham perolehan itu dilakukan pada waktu darurat, tetapi mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita titikberatkan,” katanya selepas merasmikan Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini semalam.

Beliau mengulas perkembangan penubuhan jawatan kuasa kertas putih berkaitan perolehan vaksin Covid-19.

Dr. Zaliha berkata, laporan kertas putih berkenaan akan dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum dibawa dalam sidang Parlimen.

Dalam pada itu, pihaknya telah mengambil maklum tentang Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 berhubung 93 daripada 136 unit ventilator yang diperoleh kerajaan tidak dapat digunakan sehingga mengakibatkan kerugian bernilai RM13.07 juta.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat keraguan dalam perolehan vaksin Covid-19 dan kos berkaitan ketika tempoh pandemik. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending