Connect with us

Terkini

Isu daftar kahwin, kelahiran disentuh dalam pindaan Akta Orang Asli 1954 – TPM

Isu pendaftaran perkahwinan, kelahiran dan kawasan rayau bagi masyarakat Orang Asli adalah antara perkara yang akan disentuh dalam pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) tidak lama lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Isu daftar kahwin, kelahiran disentuh dalam pindaan Akta Orang Asli 1954 – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan ada beberapa kekangan dalam akta berkenaan terutama babitkan pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli. 
  • “Masyarakat Orang Asli perlu dapat hak milikan tanah kekal terhadap kawasan rayau mereka.”
  • “Untuk JAKOA, saya sudah gariskan beberapa perubahan perlu dilakukan terutama Akta 134 menyentuh mengenai Orang Asli, wajib dipinda dan pindaan diperlukan kerana terdapat beberapa kekangan dari segi pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli dan mereka perlu diberikan hak milik tanah kekal.”
  • “Dengan adanya pindaan daripada Akta 134, ia juga babitkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya

PUTRAJAYA: Isu pendaftaran perkahwinan, kelahiran dan kawasan rayau bagi masyarakat Orang Asli adalah antara perkara yang akan disentuh dalam pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan ada beberapa kekangan dalam akta berkenaan terutama membabitkan pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli perlu mendapat hak milikan tanah kekal terhadap kawasan rayau mereka.

“Untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), saya sudah gariskan beberapa perubahan yang perlu dilakukan terutama Akta 134 yang menyentuh mengenai Orang Asli, wajib dipinda dan pindaan diperlukan kerana terdapat beberapa kekangan dari segi pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli dan mereka perlu diberikan hak milik tanah kekal.

“Terdapat beberapa kekangan dalam Kanun Tanah Negara dan perundangan yang tersangkut dalam Hal Ehwal tanah di peringkat Kerajaan Negeri.

“Dengan adanya pindaan daripada Akta 134, ia juga membabitkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasminya ke JAKOA, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata ketika ini terdapat kira-kira 209,000 Orang Asli di seluruh negara.

Katanya, ketika ini beliau sedang berbincang dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor yang juga Pengerusi Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli, untuk melaksanakan pindaan terhadap akta itu.

“Pindaan akta itu akan melihat kepada supaya ada sijil perkahwinan sah dan lengkap untuk masyarakat Orang Asli yang berkahwin secara adat selain perkara membabitkan pendaftaran anak masyarakat itu hasil perkahwinan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk dengan warga asing.

“Proses untuk pindaan akta itu sudah dimulakan sejak tahun lalu selepas kajian awal yang dilaksanakan JAKOA.

“Antara isu yang diberi perhatian termasuk perkahwinan secara adat depan Tok Batin tanpa sijil sewajarnya selain kesukaran untuk mendaftarkan anak termasuk memerlukan pengesahan daripada JAKOA sebelum boleh didaftarkan di JPN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kebimbangan juga membabitkan risiko masyarakat Orang Asli dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata, peluang pendidikan juga perlu diberikan kepada masyarakat itu ke tahap tertinggi dengan sasaran 300 anak Orang Asli wajib memasuki universiti.

Katanya, ada beberapa pendekatan akan diambil untuk mencapai matlamat itu termasuk motivasi dan kelas tambahan bagi membolehkan anak masyarakat Orang Asli melakukan perubahan kepada keluarga masing-masing melalui pendidikan.

“Institusi bawah KKDW akan bantu mereka, UNIKL, PolitekMARA, kedua-duanya adalah universiti teknikal yang mempunyai kebolehpasaran dengan graduan yang dihasilkan bersesuaian dengan acuan permintaan guna tenaga dalam pasaran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending