Connect with us

Terkini

Intimidasi terhadap TikToker kritik kerajaan bercanggah hak berpolitik diagungkan PM

Pas menggesa agar kerajaan menghentikan sebarang intimidasi bermotif politik terhadap pempengaruh TikTok yang tidak berpihak kepada mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Intimidasi terhadap TikToker kritik kerajaan bercanggah hak berpolitik diagungkan PM
Foto: Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin
  • Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu mengecam keras tindakan segelintir aparatus kerajaan yang melakukan intimidasi politik dan membuli pempengaruh media sosial yang mengkritik kerajaan.
  • Perbuatan itu tidak bermoral dan bercanggah hak berpolitik serta kebebasan suara yang diagungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH sebelum ini.
  • Pihaknya mendesak tindakan lebih profesional diambil jika didapati pempengaruh TikTok terlibat telah melanggar undang-undang.

 

KUANTAN – Pas menggesa agar kerajaan menghentikan sebarang intimidasi bermotif politik terhadap pempengaruh TikTok yang tidak berpihak kepada mereka.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu mengecam keras tindakan segelintir aparatus kerajaan yang melakukan intimidasi politik dan membuli pempengaruh media sosial yang mengkritik kerajaan.

Menurutnya, perbuatan tersebut adalah tidak bermoral dan bercanggah dengan hak berpolitik serta kebebasan bersuara yang sering diagungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Disebabkan mereka ini dilihat berpengaruh dan lantang, mereka (pempengaruh) telah diasak dan ditakutkan oleh aparatus kerajaan.

“Tidak sekadar itu, mereka ini dibuli dan diugut oleh penyokong-penyokong PH. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tiada adab serta memburukkan lunas demokrasi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jerantut itu turut memberitahu bahawa pihaknya juga mendesak tindakan lebih profesional diambil jika didapati pempengaruh TikTok terlibat telah melanggar undang-undang.

“Pas percaya ancaman ini dipengaruhi oleh segelintir ahli politik PH yang tidak senang dengan gelombang yang dicetuskan Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Jangan baling batu sembunyi tangan dan menjadi dalang sebenar terhadap perkara ini. Malaysia Madani tiada tempat untuk ahli politik yang berfikiran sempit dan berjiwa kecil,” ujarnya.

 

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending