Connect with us

Antarabangsa

Gempa Bumi Turkiye: kakitangan hospital letih, pesakit terdedah cuaca sejuk melampau

Keadaan di Unit Kecemasan Hospital Goksun, Turkiye amat menyedih­kan apabila ramai kakitangan perubatan hospital sudah letih dan tidak dapat merawat jumlah pesakit yang semakin bertambah terutama kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Gempa Bumi Turkiye: kakitangan hospital letih, pesakit terdedah cuaca sejuk melampau
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kakitangan hospital tidak tidur beberapa malam demi merawat pesakit walaupun hanya menggunakan kit pertolongan cemas.
  • Ia berikutan kejadian gempa bumi baru-baru ini menyebabkan struktur hospital di kawasan itu mengalami ba­nyak kerosakan sehingga bilik operasi merawat pesakit tidak dapat digunakan.
  • Sukarelawan Rose2Rose, Dr. Rabeah Aldouh berkata, pasukan perubatan dari seluruh Turkiye datang bergilir-gilir ke kawasan kejadian kerana pasukan sedia ada terlalu letih dan tidak dapat meneruskan rawatan sepenuhnya.

 

KUALA LUMPUR: Keadaan di Unit Kecemasan Hospital Goksun, Turkiye amat menyedih­kan apabila ramai kakitangan perubatan hospital sudah letih dan tidak dapat merawat jumlah pesakit yang semakin bertambah terutama kanak-kanak.

Kakitangan hospital juga ada yang tidak tidur untuk beberapa malam demi merawat pesakit walaupun hanya menggunakan kit pertolongan cemas.

Ia berikutan kejadian gempa bumi baru-baru ini sehingga menyebabkan struktur hospital di kawasan itu mengalami ba­nyak kerosakan sehingga bilik operasi merawat pesakit tidak dapat digunakan.

Berkongsi keadaan terkini kepada Utusan Malaysia, sukarelawan Rose2Rose, Dr. Rabeah Aldouh berkata, pasukan perubatan dari seluruh Turkiye datang secara bergilir-gilir ke kawasan gempa bumi kerana pasukan sedia ada terlalu letih dan tidak dapat meneruskan rawatan sepenuhnya.

“Di hospital kami, pesakit kanak-kanak lebih memerlukan bantuan sokongan. Jumaat lalu, saya ternampak seorang budak lelaki di bawah runtuhan, dan sekarang dia telah dirawat di jabatan kanak-kanak. Kakinya patah dan buah pinggangnya terjejas.

“Saya bercakap dengan kakitangan perubatan yang lain, mereka juga berdepan situa­si sekarang, saya menangis ba­nyak kali kerana hospital sudah tidak mempunyai bilik operasi untuk rawatan.

“Orang ramai sekarang juga memerlukan lebih banyak tempat tinggal kerana keadaan sekarang di Goksun sangat sejuk sehingga suhunya mencecah -25 darjah Celsius,” katanya yang kini bertugas di jabatan pakar kanak-kanak di Kayseri.

Dr. Rabeah yang berasal dari Aleppo, Syria kini sedang me­lanjutkan pengajian perubatan untuk menjadi doktor pakar di Erciyes University, Kayseri.

Gempa bumi itu merupakan ujian berganda buatnya sekeluarga selepas melarikan diri daripada konflik di Syria yang kini sudah berlanjutan lebih 10 tahun.

Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan bersama Rose2Rose bagi membantu nasib pelarian Syria yang mendapat perlindungan di Gaziantep, Turkiye.

Mengulas lanjut kata beliau, keluarganya yang berada di Antakya turut terkesan susulan gempa, namun kesemuanya terselamat daripada tragedi berkenaan.

“Keluarga saya baik-baik sahaja, alhamdulillah kami semua tinggal dalam satu rumah. Tetapi, keadaan sangat sukar untuk semua orang kerana ada yang terpaksa duduk dan bermalam di luar, dan terdedah dengan cuaca sejuk melampau.

“Saya rasa, sepatutnya ada tindakan bersepadu kakitangan perubatan di kawasan-kawasan gempa. Terdapat banyak runtuhan dan pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan orang ramai daripada runtuhan, tetapi tidak mempunyai jumlah yang cukup,” katanya. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending