Connect with us

Terkini

Exco PAS dikecam samakan wanita dengan barang jualan

Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti “barang”, yang menurutnya harus “dibungkus comel dan kemas”.

Wartawan TMT

Published

on

Exco PAS dikecam samakan wanita dengan barang jualan
Foto: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti barang.
  • Beliau membuat kenyataan itu menerusi ciapan di Twitter, mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mengenai dakwaan seorang wanita tidak dibenarkan masuk membuat laporan di balai polis kerana berseluar pendek.
  • “Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. “Kalau main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.” katanya.
  • “Berdasarkan pemakaian semata? (Kemudian) dilabel sebagai barang? Anda menjengkelkan,” balas pengguna Twitter @LilyZali.
  • Pakaian dan pemakaian itu bukan kayu pengukur untuk menilai kemuliaan seseorang – pengguna Twitter @afiqazni.

 

PETALING JAYA: Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerima kecaman di media sosial kerana menyamakan wanita seperti “barang”, yang menurutnya harus “dibungkus comel dan kemas”.

Dr Azman Ibrahim membuat kenyataan itu menerusi ciapan di Twitter, mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mengenai dakwaan seorang wanita tidak dibenarkan masuk membuat laporan di balai polis kerana berseluar pendek.

Beliau yang juga ADUN Jabi, berkata kaedah pembungkusan sesuatu “barang” itu memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran.

“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas,” katanya.

“(Kalau) main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.”

Bagaimanapun, dalam ciapan seterusnya, Azman berkata, beliau tidak pasti sama ada seseorang itu masih dinilai berdasarkan penampilannya, selain berpendapat perkara itu tidak wajar.

Kebanyakan pengguna media sosial membidas Azman, mendakwa beliau seakan memandang rendah wanita.

Pengguna Twitter @LilyZali mempersoalkan bagaimana wakil rakyat itu, yang mempunyai ahli keluarga wanita, memandang golongan berkenaan begitu rendah.

“Berdasarkan pemakaian semata? (Kemudian) dilabel sebagai barang? Anda menjengkelkan,” balasnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @afiqazni berkata: “Pakaian dan pemakaian itu bukan kayu pengukur untuk menilai kemuliaan seseorang.”

 

Minggu lalu, seorang wanita mendakwa dilarang memasuki Balai Polis Kajang untuk membuat laporan mengenai kemalangan dialaminya.

Dakwanya, beliau dilarang masuk walaupun memakai seluar pendek menutup bahagian lututnya dan hanya dibenarkan selepas kakaknya membawa seluar panjang untuknya.

Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, mereka yang pergi ke balai polis perlu menjaga prinsip kelima Rukun Negara dan berpakaian sopan serta menjaga akhlak.

“Kita boleh membuat kelonggaran berdasarkan jenis kecemasan dihadapi pengadu ketika membuat laporan di balai polis,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataannya itu tidak dipersetujui bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang menegaskan, menjadi kewajipan polis menerima laporan dalam apa jua keadaan.

SUMBER: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending