Connect with us

Terkini

‘Bella tidak pernah diberi makan cili, najis atau disimbah air panas’ – Siti Bainun

Mahkamah Sesyen di sini hari ini, diberitahu bahawa kejadian remaja Sindrom Down dikenali Bella, diberi makan cili dan najis, disimbah air panas serta dimarahi, tidak pernah berlaku.

Wartawan TMT

Published

on

'Bella tak pernah diberi makan cili, najis atau disimbah air panas' - Siti Bainun
Foto: Siti Bainun (kiri), Bella (kanan).
  • Keterangan saksi pendakwaan kelima (SP5), Yasmin Nahar Mahmood yang juga bekas penghuni Rumah Bonda itu adalah tuduhan palsu terhadapnya. – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali
  • Dalam keterangan sama, Siti Bainun beritahu dia tidak pernah menekap kuali pada paha Bella dan mendakwa keterangan diberikan Yasmin mengenai kejadian itu juga tidak konsisten.
  • “Tak ada sebab saya nak buat kepada Bella dan kenapa Bella? Bella tak pernah susahkan saya walaupun sekali. Saya tidak perlu buat pada Bella dan bukan juga pada yang lain termasuk Yasmin, walaupun dia (Yasmin) paling banyak peningkan saya hampir setiap hari,” katanya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, diberitahu bahawa kejadian remaja Sindrom Down dikenali Bella, diberi makan cili dan najis, disimbah air panas serta dimarahi, tidak pernah berlaku.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, berkata keterangan saksi pendakwaan kelima (SP5), Yasmin Nahar Mahmood yang juga bekas penghuni Rumah Bonda itu adalah tuduhan palsu terhadapnya.

Ketika pemeriksaan utama, peguam Mohammad Farhan Maaruf meminta Siti Bainun yang juga orang kena tuduh (OKT) untuk menceritakan kepada mahkamah kejadian yang dianggap sebagai tuduhan.

Mohammad Farhan: Tadi puan kata kejadian ini tak berlaku. Boleh puan ceritakan kejadian apa?

Siti Bainun: Semua tuduhan Yasmin terhadap saya.

Mohammad Farhan: Boleh ceritakan apa (tuduhan)?

Siti Bainun: Seingat saya Yasmin masa jadi saksi beritahu kononnya saya suruh dia ikat Bella setiap masa, saya suruh bagi makan cili, makan najis, simbah air panas, tekap kuali dan marah-marah.

Mohammad Farhan: Berkenaan simbah air panas, kenapa puan kata tak pernah berlaku?

Siti Bainun: Memang tak berlaku, sebab tiada keperluan saya buat macam itu terutama sekali kepada Bella.

Dalam keterangan sama, Siti Bainun memberitahu dia tidak pernah menekap kuali pada paha Bella dan mendakwa keterangan diberikan Yasmin mengenai kejadian itu juga tidak konsisten.

“Tak ada sebab saya nak buat kepada Bella dan kenapa Bella? Bella tak pernah susahkan saya walaupun sekali. Saya tidak perlu buat pada Bella dan bukan juga pada yang lain termasuk Yasmin, walaupun dia (Yasmin) paling banyak memeningkan saya hampir setiap hari,” katanya.

Pada 14 April tahun lalu, Yasmin dalam keterangannya kepada mahkamah memberitahu Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun.

Menurut keterangannya, Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dia berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending