Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: RM3 bilion diperuntuk bagi lantikan lebih 1,500 pegawai perubatan, pergigian & farmasi baharu

Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dengan penambahan paling besar, iaitu RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: RM3 bilion diperuntuk bagi lantikan lebih 1,500 pegawai perubatan, pergigian & farmasi baharu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sektor kesihatan terima peruntukan kedua terbesar dengan penambahan paling besar, iaitu RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Komponen utama dari peruntukan kepada sektor itu membabitkan keperluan perolehan perubatan, reagen vaksin dan bahan guna habis.”
  • “Peruntukan RM3 bilion untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan pegawai pergigian dan pegawai farmasi menunggu sekian lama.”
  • “Kerajaan juga akan cuba perbaiki kesesakan di kemudahan kesihatan awam, termasuk melalui cara penyumberluaran pesakit daripada hospital yang sesak ke hospital lain,” katanya.

KUALA LUMPUR: Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dengan penambahan paling besar, iaitu RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata komponen utama daripada peruntukan kepada sektor itu membabitkan keperluan perolehan perubatan, reagen vaksin dan bahan guna habis.

Beliau berkata, ini juga merangkumi peruntukan RM3 bilion untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang menunggu sekian lama.

Katanya, kerajaan juga akan cuba memperbaiki kesesakan di kemudahan kesihatan awam, termasuk melalui cara penyumberluaran pesakit daripada hospital yang sesak ke hospital lain.

“Kerajaan juga akan mengadakan beberapa skim termasuk hospital universiti, hospital tentera yang dipersetujui, akan diberikan kelengkapan untuk membantu kesesakan hospital seperti Hospital Selayang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending