Antarabangsa
Bangladesh adakan protes bantahan kekejaman China ke atas etnik Uyghur
Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena sambutan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.

- Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena peringatan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.
- Menandakan genap 26 tahun sejak tragedi pembunuhan Ghulja yang berlaku pada 1997 apabila pihak berkuasa China dikatakan membunuh dan menahan ratusan warga Uyghur dalam satu demonstrasi aman di Ghulja.
- Sanchetan Nagarik Samaj menganjurkan protes demonstrasi di Gazipur.
- Bangladesh Sampriti Saangsad (BSS) Welfare Association mengadakan perhimpunan berbasikal.
- Islamic Progotoshil Janata Front pula melakukan satu sidang media yang dihadiri kira-kira 150 orang peserta.
- Protes lain dianjurkan berdekatan Universiti Dhaka oleh Bangladesh Mohajir Welfare and Development Committee (BMWDC).
- Khulna Metropolitan Students Union (KMSU) melakukan bantahan di Royal Intersection, manakala Bangladesh Social Activist Forum (BSAF) mengadakan satu lagi protes di Shaheb Bazar, Zero point, Rajshahi.
Dhaka: Beberapa wilayah di Bangladesh melakukan protes terhadap kekejaman China ke atas etnik Uyghur sempena sambutan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Ghulja.
Ini merupakan hari penting yang menandakan genap 26 tahun sejak tragedi pembunuhan Ghulja yang berlaku pada 1997 apabila pihak berkuasa China dikatakan membunuh dan menahan ratusan etnik Uyghur dalam satu demonstrasi aman di Ghulja, di mana mereka menuntut kebebasan beragama dan budaya serta hak sama rata.
Sebuah komuniti Uyghur yang dikenali sebagai Sanchetan Nagarik Samaj menganjurkan satu protes demonstrasi di Gazipur, Bangladesh untuk menentang kekejaman China dan pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur yang masih berlaku.
Di Dhaka, Bangladesh Sampriti Saangsad (BSS) Welfare Association mengadakan perhimpunan berbasikal yang bermula dari Plaza Polis Nikunj melalui Gulshan dan United Hospital dan kembali ke Plaza Polis.
Islamic Progotoshil Janata Front pula melakukan satu sidang media yang dihadiri kira-kira 150 orang peserta, termasuk ketua Bangladesh Khelafat Andolon, Ameer Maulana Abu Zafar Kashemi dan ketua Jamiayet Ulameye Islam Bangladesh, Maulana Shahidul Islam Ansari.
Protes lain dianjurkan berdekatan Universiti Dhaka oleh Bangladesh Mohajir Welfare and Development Committee (BMWDC), di mana peserta membawa poster berkenaan pembunuhan Ghulja, mengedarkan risalah kepada pelajar Universiti Dhaka dan menghantar memorandum kepada Kedutaan China.
Khulna Metropolitan Students Union (KMSU) melakukan bantahan di Royal Intersection, manakala Bangladesh Social Activist Forum (BSAF) mengadakan satu lagi protes di Shaheb Bazar, Zero point, Rajshahi terhadap layanan tidak berperikemanusiaan China terhadap etnik Uyghur dan warga minoriti.
Sumber: India Blooms
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN