Terkini
Agihan peruntukan tak sama rata kawasan Parlimen cetus kemarahan rakyat – Ahmad Fadhli
Tindakan kerajaan menafikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen khususnya melibatkan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu hanya akan menaikkan suhu kemarahan rakyat bumiputera.

- “Isu-isu tumpuan khas pada anak-anak bumiputera, saya fikir dalam bajet ini mungkin ada tapi perlu dinyatakan terperinci untuk golongan bumiputera.” – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
- “Saya fikir, kerajaan perlu utamakan negeri-negeri mempunyai ‘malay based area’ seperti Kelantan dan Terengganu.”
- “Bagi kami PN tak ada masalah. Kami balik ke kawasan, rakyat minta peruntukan, kami kata kerajaan tak bagi tapi itu hanya tinggikan suhu kemarahan rakyat,” katanya
KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menafikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen khususnya melibatkan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu hanya akan menaikkan suhu kemarahan rakyat bumiputera.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan perlu mengutamakan negeri seperti Kelantan dan Terengganu bagi mengatasi isu ‘kemarahan bumiputera’.
Menurutnya, ia juga mengambil kira kajian sempena 100 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapati sebanyak 71 peratus responden berbangsa Melayu tidak berpuas hati dengan kerajaan baharu.
“Isu-isu tumpuan khas kepada anak-anak bumiputera, saya fikir dalam bajet ini mungkin ada tetapi perlu dinyatakan terperinci untuk golongan bumiputera.
“Saya fikir, kerajaan perlu utamakan negeri-negeri yang mempunyai ‘malay based area’ seperti Kelantan dan Terengganu.
“Menafikan peruntukan kepada kami yang ahli-ahli Parlimen yang berada di negeri ini hanya akan menaikkan suhu kemarahan rakyat.
“Bagi kami PN tak ada masalah. Kami balik ke kawasan, rakyat minta peruntukan, kami kata kerajaan tak bagi tapi itu hanya tinggikan suhu kemarahan rakyat,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Kajian yang dibuat oleh pusat penglibatan sosial O2 Malaysia sempena 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya memerintah telah melibatkan 35,077 responden melalui lima saluran media: Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew, dan Malaysia Nanban.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas