Connect with us

Terkini

Vape tidak boleh dianggap kaedah ‘harm reduction’ – Doktor Farmasi Klinikal 

Vape dalam Dasar GEG menerusi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu dikekalkan bagi menangani dwi-epidemik produk tembakau.

Hidayah Sani

Published

on

Vape tidak boleh dianggap kaedah ‘harm reduction’ - Doktor Farmasi Klinikal
Foto: Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed (kiri).
  • Rokok elektronik atau vape dalam GEG menerusi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu dikekalkan bagi tangani dwi-epidemik produk tembakau yang dihadapi Malaysia hari ini.
  • Rokok elektronik mungkin membolehkan segelintir golongan perokok berhenti atau mengurangkan risiko penyakit tertentu namun pada masa sama ia meningkatkan tahap kemudaratan rakyat secara keseluruhan.
  • Rokok elektronik tidak boleh dianggap sebagai kaedah pengurangan kemudaratan (harm reduction) yang patut digunapakai di Malaysia, kata Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.

KUALA LUMPUR – Rokok elektronik atau vape dalam Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu dikekalkan bagi menangani dwi-epidemik produk tembakau yang dihadapi Malaysia hari ini.

Ini berikutan, sekalipun rokok elektronik mungkin membolehkan segelintir golongan perokok berhenti atau mengurangkan risiko penyakit tertentu namun pada masa sama ia meningkatkan tahap kemudaratan rakyat secara keseluruhan.

Justeru, ia tidak boleh dianggap sebagai kaedah pengurangan kemudaratan (harm reduction) yang patut digunapakai di Malaysia, kata Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.

Sebelum ini, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah dalam hantaran di Facebook berkata industri yang menjual rokok masih lagi tidak berpuas hati dengan status quo pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu mengekalkan “couple” akta GEG dan regulasi vape pada sidang Parlimen akan datang.

Pihak terbabit didakwa masih mendesak pengguna vape dibenarkan sebagai salah satu daripada kaedah untuk mengurangkan kemudaratan dan berhenti daripada ketagihan rokok. 

Mengulas lanjut, Mohamad Haniki berkata sememangnya ada penyelidikan mengenai potensi peranan rokok elektronik menunjukkan ia mungkin membantu perokok berhenti merokok.

“Walau bagaimanapun, kesan mudarat terhadap kesihatan masih ada manakala kesan mudarat jangka panjang masih belum dikenalpasti. 

Advertisement

“Perkara yang membimbangkan adalah mengenai pengambilan rokok elektronik terutamanya oleh golongan belia atau kanak-kanak dan isu dwi-penggunaan, iaitu menghisap rokok elektronik dan produk tembakau konvensional.

“Syarikat rokok elektronik jelas mensasarkan kanak-kanak dan belia termasuk yang tidak pernah merokok untuk menjadi penghisap rokok elektronik. 

“Penjualan cecair dalam pelbagai perisa yang menarik, bau yang wangi serta reka bentuk peranti yang menyerupai mainan jelas menunjukkan motif sebenar mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, pada Rabu lalu.

Menurutnya, ketika ini kita belum mempunyai ubat yang diluluskan KKM seperti rawatan berhenti rokok konvensional.

Berikutan itu, beliau menegaskan intervensi tingkah laku adalah penting, seperti mengamalkan teknik melengah, mengelak, menyelamatkan diri dan mengalihkan tumpuan. 

Mohamad Haniki juga berkata, penghisap vape boleh mengurangkan kepekatan nikotin, contohnya sebanyak 10-20 peratus setiap satu atau dua minggu hinggalah mencapai tahap bebas nikotin dalam tempoh tertentu.Disember lalu, Dr Zaliha dilaporkan berkata akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.

Advertisement

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok antaranya melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bagi tujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lalu tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi. – The Merdeka Times

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending