Connect with us

Antarabangsa

Ulama, peniaga & aktivis di Pakistan, Afghanistan antara kelompok bantah pembakaran al-Quran

Ratusan lelaki di Afghanistan mengadakan protes di Timur Khost untuk menyatakan kemarahan terhadap pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden pada minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Ulama, peniaga & aktivis di Pakistan, Afghanistan antara kelompok bantah pembakaran al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ratusan lelaki di Afghanistan mengadakan protes di Timur Khost untuk menyatakan kemarahan terhadap pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden pada minggu lalu.
  • Penunjuk perasaan juga berkumpul di jalan raya di ibu negara Pakistan, Islamabad yang mengecam tindakan Paludan itu.
  • Mereka terdiri daripada alim ulama, peniaga dan aktivis hak asasi manusia memegang sepanduk anti-Barat dan menuntut PBB mengecam sama insiden itu.

 

KHOST – Ratusan lelaki di Afghanistan mengadakan protes di Timur Khost untuk menyatakan kemarahan terhadap pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden pada minggu lalu.

Ahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan pada Sabtu lalu membakar naskhah kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm.

Sejak itu protes diadakan di beberapa negara Islam dan terbaharu membabitkan golongan lelaki Aghanistan keluar beramai-ramai melancarkan protes di bandar Khost yang terletak berhampiran sempadan dengan Pakistan.

“Pergi jahanam kerajaan dan ahli politik Sweden,” laungan di dataran utama bandar Khost,” lapor wartawan AFP.

Rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan memegang salinan al-Quran dan membakar bendera Sweeden serta melaungkan slogan menentang Paludan.

Dalam perkembangan sama, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di ibu negara Pakistan, Islamabad yang mengecam tindakan Paludan itu.

Penunjuk perasaan terdiri daripada alim ulama, peniaga dan aktivis hak asasi manusia memegang sepanduk anti-Barat dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sama insiden tersebut.

Difahamkan, Sweden turut menerima kecaman langsung dari negara Islam termasuk Turkiye, Iran, Arab Saudi, Yaman, Malaysia dan Indonesia. – AFP

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending