Connect with us

Antarabangsa

Transgender Indonesia bimbang undang-undang baharu yang melarang berzina

Transgender, Chika Ananda Putrie, 28, bangun setiap pagi dalam keadaan kerisauan akan keselamatan dirinya apabila Indonesia melarang perlakuan hubungan seks di luar perkahwinan atau hidup bersama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Transgender Indonesia bimbang undang-undang baharu yang melarang berzina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Transgender, Chika Ananda Putrie, 28, bimbang akan keselamatan dirinya apabila Indonesia melarang perlakuan hubungan seks di luar perkahwinan atau hidup bersama.
  • “Jika apa-apa berlaku, saya hanya akan menyerah kalah,” katanya yang bimbang ditangkap kerana tinggal serumah bersama pasangannya.
  • Undang-undang menentang budaya homoseksualiti tertakluk di sebahagian besar kawasan Indonesia, kecuali di wilayah Aceh.
  • Namun etnik Bugis di Pulau Sulawesi masih mengiktiraf lima jantina, termasuk satu yang dikatakan “melampau” atau menggabungkan lelaki dan perempuan.

 

JAKARTA – Transgender, Chika Ananda Putrie, 28, bangun setiap pagi dalam keadaan kerisauan akan keselamatan dirinya apabila Indonesia melarang perlakuan hubungan seks di luar perkahwinan atau hidup bersama.

“Saya takut dipenjarakan… Jika apa-apa berlaku, saya hanya akan menyerah kalah,” katanya yang bimbang ditangkap kerana tinggal serumah bersama pasangannya.

Undang-undang menentang budaya homoseksualiti tertakluk di sebahagian besar kawasan Indonesia, kecuali di wilayah Aceh.

Namun etnik Bugis di Pulau Sulawesi masih mengiktiraf lima jantina, termasuk satu yang dikatakan “melampau” atau menggabungkan lelaki dan perempuan.

Pada masa sama, pengaruh Islam dilihat semakin meningkat yang turut mengehadkan kebebasan golongan LGBT di negara itu.

Menurut kumpulan advokasi LGBT Arus Pelangi, terdapat peningkatan dalam data kes setiap tahun sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Dia menambah terdapat lebih 90 kejadian sebegitu tahun lepas, meningkat 90 peratus dari tahun sebelumnya.

“Ada kemungkinan bahawa penggubalan kanun jenayah akan menambah senarai komuniti LGBT,” katanya.

Pakar dari sekolah undang-undang Jentera Indonesia, Bivitri Susanti berkata kehidupan kumpulan itu akan menjadi lebih terancam selepas ini.

“Ini kerana perkara yang dahulunya dianggap tidak bermoral kini menjadi haram,” katanya.

 

Sumber: Reuters

Author