Terkini
Tiada hala tuju, masa depan faktor doktor pakar keluar KKM
Persepsi tiada masa depan dan hala tuju laluan kerjaya dalam negara, selain sistem tawaran perkhidmatan kontrak menjadi antara faktor graduan perubatan atau doktor pakar keluar daripada perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berhijrah ke luar negara.
- Golongan itu tertarik untuk berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gaji dan laluan kerjaya lebih jelas dengan ada yang membina kerjaya di beberapa negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Ireland. – Presiden Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU), Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah
- Penghijrahan bukan disebabkan faktor kewangan atau peluang kerja semata-mata, sebaliknya didorong faktor seperti tekanan emosi dan psikologi, bosan dengan persekitaran kerja tidak positif atau terpaksa tanggung beban kerja bukan klinikal.
- “Kita sering dengar luahan dan terima aduan lebihan kerja kerana kemasukan pesakit yang tinggi, kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa ramai untuk berhijrah ke sektor swasta atau ke negara lain,” katanya.
GEORGETOWN: Persepsi tiada masa depan dan hala tuju laluan kerjaya dalam negara, selain sistem tawaran perkhidmatan kontrak menjadi antara faktor graduan perubatan atau doktor pakar keluar daripada perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berhijrah ke luar negara.
Presiden Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU), Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah, berkata golongan itu tertarik untuk berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gaji dan laluan kerjaya lebih jelas dengan ada yang membina kerjaya di beberapa negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Ireland.
Beliau berkata, penghijrahan mereka bukan disebabkan faktor kewangan atau peluang kerja semata-mata, sebaliknya mungkin turut didorong faktor seperti tekanan emosi dan psikologi, bosan dengan persekitaran kerja tidak positif atau terpaksa menanggung beban kerja bukan klinikal.
“PADU memandang serius isu penghijrahan doktor kontrak, doktor tetap dan pakar perubatan ke luar negara yang berlaku di negara ini, malah perkara sedemikian turut terjadi di serata dunia.
“Kita sering mendengar luahan dan menerima aduan lebihan kerja kerana kemasukan pesakit yang tinggi, kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa ramai untuk berhijrah ke sektor swasta atau ke negara lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam (16 Januari).
Dr Jafri berkata, perlu ada kajian menyeluruh untuk memahami isu penghijrahan doktor dan ia perlu diadakan secara berkala untuk melihat fenomena itu dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, permasalahan sebenar dalam kalangan semua pihak terbabit perlu dikenal pasti secara terperinci bagi membolehkan cadangan penyelesaian dibentangkan berdasarkan data kajian diperoleh.
Katanya, rombakan perkhidmatan yang lebih besar dalam KKM mungkin perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengambilan petugas khususnya doktor, doktor pakar dan kakitangan paramedik.
“Kami juga mencadangkan penggunaan Sistem Maklumat Penjagaan Kesihatan diperkasakan bertujuan memudah cara perkhidmatan yang diberikan melalui pengumpulan, perkongsian dan penggunaan maklumat.
“Sistem ini diharap dapat membantu melancarkan lagi urusan perkhidmatan secara optimum bagi memudahkan pelbagai kerja di hospital dan skim insurans kesihatan nasional turut perlu ditambah baik untuk memberi perlindungan perubatan penuh bagi semua keperluan perubatan,” katanya.
Dr Jafri berkata, penghijrahan golongan doktor dan kakitangan perubatan tempatan ke luar negara adalah kerugian besar bukan saja dari aspek wang, namun juga modal insan kepada negara.
Katanya, PADU menyedari isu berkenaan tidak boleh diselesaikan secara bersendirian oleh KKM, sebaliknya memerlukan penyelesaian secara integrasi membabitkan semua kementerian berkaitan lain.
Sementara itu, pihaknya menyambut baik pengumuman Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berhubung jawatan tetap doktor kontrak membabitkan tawaran 4,914 jawatan tetap iaitu 4,263 jawatan untuk pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian, dan 316 bagi pegawai farmasi tahun ini.
Katanya, ini satu langkah besar ke arah yang betul bertujuan menyelesaikan masalah jawatan tetap doktor kontrak.
“PADU turut menyambut baik usaha KKM yang akan menyelesaikan isu penghijrahan pegawai perubatan ke luar negara menerusi pelbagai perkongsian dikemuka dan diterima pelbagai pihak berkepentingan menerusi pelan Strategi Sumber Manusia Untuk Kesihatan (HRH).
“Pelan HRH ini yang dimulakan menteri kesihatan sebelumnya mencadangkan penyelesaian dalam pelbagai domain pengambilan doktor, meningkatkan kualiti latihan mereka dengan laluan kerjaya lebih jelas.
“Justeru, PADU sangat mengharapkan pelan HRH akan merangkumi pembangunan profesional dan bertujuan menangani beberapa isu seperti doktor kontrak, pembangunan sumber manusia dan kemajuan kerjaya jangka panjang,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord