Connect with us

Antarabangsa

Taliban hanya benarkan wanita dirawat doktor wanita

Pemerintah Taliban melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan, manakala semua salun kecantikan diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, lapor portal berita Wion News yang memetik laporan APA kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Taliban hanya benarkan wanita dirawat doktor wanita
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemerintah Taliban di Afghanistan melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan.
  • Salun kecantikan juga diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, demikian dakwaan Shabnam Nasimi melalui ciapan di Twitter dipetik agensi berita APA.
  • Shabnam Nasimi merupakan bekas penasihat dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian pada Selasa lalu mengecam arahan terbaru kerajaan semasa Afghanistan itu.
  • “Mereka (Taliban) juga hantar surat pada tuan tanah dan beritahu untuk tidak memberikan sewa pada wanita. Sekali lagi sifat memalukan mengenai Taliban terhadap wanita berterusan,” – Shabnam Nasimi.

 

KABUL – Pemerintah Taliban melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan, manakala semua salun kecantikan diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, lapor portal berita Wion News yang memetik laporan APA kelmarin.

Shabnam Nasimi yang merupakan bekas penasihat dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian pada Selasa lalu mengecam arahan terbaru Taliban ke atas wanita Afghanistan menerusi laman Twitter.

“Pemerintah Taliban dilaporkan telah mengarahkan semua salun kecantikan wanita di beberapa wilayah di Afghanistan untuk menutup perniagaan mereka.

“Mereka (Taliban) juga menghantar surat kepada tuan tanah dan memberitahu untuk tidak memberikan sewa kepada wanita. Sekali lagi sifat memalukan mengenai Taliban terhadap wanita berterusan,” ciap Nasimi.

Wanita juga dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti olahraga selepas Taliban melawat beberapa gadis yang sedang bersukan dan menggesa mereka untuk tidak melakukan aktiviti itu.

Menurut laporan media, banyak wilayah yang dikuasai Taliban di negara itu turut melarang wanita menemui doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sejak Taliban berkuasa di Afghanistan lebih setahun lalu, kehidupan dan ekonomi di negara Asia Selatan tersebut nampaknya semakin terjejas.

Kehidupan gadis serta wanita dewasa juga telah mengalami kemerosotan bermula daripada pelaksanaan pelbagai sekatan ke atas mereka.

Antara sekatan itu ialah Taliban melarang pelajar perempuan daripada pergi ke sekolah dan kolej, tidak keluar rumah tanpa mahram lelaki serta melarang mereka bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending