Connect with us

Terkini

Rafizi perlu tepati janji turunkan harga barang

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, berkata hasil turun padang di akar umbi negeri ini mendapati harga bahan mentah, terutama telur masih belum turun.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mohd Shukri Ramli.
  • Hasil turun padang di akar umbi negeri ini mendapati harga bahan mentah, terutama telur masih belum turun. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli
  • “Rafizi perlu berusaha lebih keras bagi memastikan kenyataan beliau sebelum ini menjadi realiti. Beliau perlu berusaha lagi bagi memastikan harga barangan turun dan kita pun faham, keadaan ekonomi dunia sekarang”.
  • “Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini. Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta,” katanya.

PADANG BESAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, berkata hasil turun padang di akar umbi negeri ini mendapati harga bahan mentah, terutama telur masih belum turun.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata, keadaan itu jauh berbeza berbanding kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mendakwa sebaliknya.

Katanya, harga barang di pasaran negeri ini masih belum turun dan rakyat juga belum dapat merasai keadaan itu seperti yang dijanjikan.

“Rafizi perlu berusaha lebih keras bagi memastikan kenyataan beliau sebelum ini menjadi realiti. Beliau perlu berusaha lagi bagi memastikan harga barangan turun dan kita pun faham, keadaan ekonomi dunia sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam (26 Januari).

Kira-kira sebulan lalu, Rafizi menyatakan pemimpin PN yang mempertikai kenyataannya berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ setelah formula penurunan harga yang beliau sarankan difahami seluruh rakyat dengan rasional.

Katanya, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga.

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini. Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” kata Rafizi dalam Twitter. 

Sumber: Harakah Daily

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending