Connect with us

Antarabangsa

Queensland longgarkan syarat tukar jantina

Pihak berkuasa Queensland di Australia merancang untuk memudahkan orang ramai menukar status jantina pada sijil kelahiran mereka tanpa perlu menjalani pembedahan, lapor portal berita MailOnline.

Wartawan TMT

Published

on

queensland-longgarkan-syarat-tukar-jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Queensland di Australia merancang memudahkan orang ramai menukar status jantina pada sijil kelahiran mereka tanpa perlu menjalani pembedahan.
  • Jika peraturan diluluskan, ibu bapa yang baru mendapat anak tidak perlu menyenaraikan status jantina pada dokumen bayi yang baru dilahirkan.
  • Remaja yang berumur lebih 16 tahun juga tidak perlu lagi mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk menukar jantina.
  • Mereka hanya memerlukan kenyataan sokongan daripada orang dewasa yang telah mengenali mereka sekurang-kurangnya setahun. 

BRISBANE – Pihak berkuasa Queensland di Australia merancang untuk memudahkan orang ramai menukar status jantina pada sijil kelahiran mereka tanpa perlu menjalani pembedahan, lapor portal berita MailOnline.

Pada masa ini, jika penduduk negeri tersebut ingin menukar status gender pada sijil kelahiran, mereka perlu menjalani pembedahan penukaran jantina.

Bagaimanapun, mengikut peraturan baharu diperkenalkan kerajaan Parti Buruh yang dijangka diluluskan, keperluan pembedahan seperti disyaratkan itu akan digugurkan.

Selain itu, ibu bapa yang baru mendapat anak tidak perlu menyenaraikan status jantina pada dokumen bayi yang baru dilahirkan.

Kerajaan negeri Queensland pimpinan Ketua Menteri, Annastacia Palaszczuk menjadi negeri seterusnya di Australia yang menjadikan status jantina sebagai pilihan, sama ada untuk disenaraikan pada sijil kelahiran. Negeri Tasmania melaksanakan langkah serupa pada 2019.

Jika undang-undang baharu itu diluluskan, beberapa perubahan lain juga akan berkuat kuasa.

Antaranya adalah remaja yang berumur lebih 16 tahun tidak perlu lagi mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk menukar jantina.

Mereka hanya memerlukan kenyataan sokongan daripada orang dewasa yang telah mengenali mereka sekurang-kurangnya setahun. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending