Terkini
Pergiatkan guna media sosial untuk dakwah – Premier Sarawak
Penggunaan media sosial seperti Telegram dan WhatsApp harus dipergiatkan sebagai antara platform berdakwah dan berkongsi idea mengenai Islam khususnya kepada generasi baharu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
- Penggunaan media sosial seperti Telegram dan WhatsApp wajar dipergiatkan sebagai platform berdakwah dan kongsi idea mengenai Islam khususnya generasi baharu.
- Menerusi kemajuan teknologi komunikasi, jarak fizikal tidak menjadi penghalang berhubung serta-merta dan ia seharusnya membuka peluang luas bagi mempromosikan lagi nilai-nilai Islam.
- “Terdapat banyak peluang untuk penganut agama berbeza untuk berkumpul dan meningkatkan persefahaman bersama. Ia memerlukan keyakinan dan keterbukaan untuk mendekati dan mengambil langkah yang akan membawa kita bersama dengan mempromosikan persefahaman antara agama dan bekerjasama rapat dengan kumpulan agama lain,” – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUCHING, 10 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Penggunaan media sosial seperti Telegram dan WhatsApp harus dipergiatkan sebagai antara platform berdakwah dan berkongsi idea mengenai Islam khususnya kepada generasi baharu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, melalui kemajuan teknologi komunikasi, jarak fizikal tidak lagi menjadi penghalang untuk berhubung dengan serta-merta dan ia seharusnya membuka peluang yang luas untuk mempromosikan lagi nilai-nilai Islam.
“Ia tidak lagi janggal untuk kita mengguna dan menyesuaikan dengan (teknologi baharu). Saya percaya dalam beberapa tahun lagi, kita akan menggunakan hologram iaitu kaedah futuristik untuk memaparkan imej menggunakan cahaya untuk membentuk objek 3D dan saya mempunyai pengalaman ini di Korea (semasa lawatan baru-baru ini),” katanya.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-19 Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) hari ini, beliau berkata Mesyuarat Exco serantau RISEAP baru-baru ini juga dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Menurut Abang Johari, melalui kesinambungan tadbir urus yang cemerlang, RISEAP akan dapat meluaskan jangkauan mereka daripada 24 negara anggota ketika ini, meningkatkan jumlah keahliannya pada tahun-tahun akan datang.
“Terdapat banyak peluang untuk penganut agama berbeza untuk berkumpul dan meningkatkan persefahaman bersama. Ia memerlukan keyakinan dan keterbukaan untuk mendekati dan mengambil langkah yang akan membawa kita bersama dengan mempromosikan persefahaman antara agama dan bekerjasama rapat dengan kumpulan agama lain,” kata Abang Johari.
RISEAP ditubuhkan pada 11 November 1980 dengan matlamat untuk menyatukan negara-negara minoriti Islam di Asia Timur dan Pasifik.
Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Presiden pertama RISEAP dan kini jawatan itu disandang oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud selepas menggantikan Tunku Abdul Rahman pada 1988.
Sumber: Ismaweb
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia