Connect with us

Terkini

Penduduk harus menjaga kepentingan, kebajikan dan hak milik Kampung Baru 

Penduduk Kampung Baru perlu sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan hak milik kampung tersebut, gesa Yang Dipertua Pentadbiran Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Datuk Omar Osman.

Wartawan TMT

Published

on

Penduduk harus menjaga kepentingan, kebajikan dan hak milik Kampung Baru 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk Kampung Baru perlu sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan hak milik kampung, gesa Yang Dipertua Pentadbiran Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Datuk Omar Osman.
  • Penduduk yang mempunyai hak milik di kawasan itu perlu memahami kepentingan menjaga tanah pusaka ditinggalkan nenek moyang dan tidak menjual sewenangnya.
  • “Kalau Kampung Baru ini sudah tiada, maka hilanglah sejarah asal-usul kami. Kampung Baru dan Dato’ Keramat, dua kampung ini kita perlu pertahankan,” kata Yang Dipertua Pentadbiran Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Datuk Omar Osman.

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru perlu sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan hak milik kampung tersebut, gesa Yang Dipertua Pentadbiran Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Datuk Omar Osman.

Katanya, penduduk yang mempunyai hak milik di kawasan itu perlu memahami kepentingan menjaga tanah pusaka yang ditinggalkan nenek moyang dan tidak menjualnya sewenangnya.

“Kalau Kampung Baru ini sudah tiada, maka hilanglah sejarah asal-usul kami. Kampung Baru dan Dato’ Keramat, dua kampung ini kita perlu pertahankan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI sempena sambutan ulangtahun ke-123 penubuhan MAS di sini, semalam.

“Tanah di Kampung Baru ini tanah pusaka, bukannya tanah-tanah yang biasa, tanah pusaka yang nenek moyang kita dulu yang buat.

“Hari ini dah macam Negeri Sembilan, tanah yang tak boleh sewenangnya kita jual, kita jual untuk mencari kekayaan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya bercadang berjumpa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan isu melibatkan kebajikan penduduk di situ.

Menurutnya, antara isu dihadapi penduduk Kampung Baru melibatkan hak milik tanah yang tidak tersusun dan juga tawar-menawar dari pihak pemaju.

Omar juga meletakkan harapan kepada generasi muda yang dilantik menjadi ketua-ketua kampung yang baharu untuk memberi semangat dan idea bagi memperkasakan Kampung Baru pada masa hadapan.

Media pada Ogos tahun lepas melaporkan 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru yang sebelum ini cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Pemilik rumah tersebut sebelum ini menggesa pewartaan pengambilan tanah terlibat bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru dimansuhkan, selain meminta campur tangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending