Terkini
Pasangan kahwin di Siam perlu daftar semula, denda tetap dikenakan – MB Perak
Pasangan tempatan dari Perak yang bernikah di luar negara termasuk di Thailand perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri itu bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa hadapan.
- Pasangan tempatan dari Perak yang bernikah di luar negara termasuk di Thailand perlu daftar semula perkahwinan mereka di negeri bagi elak sebarang permasalahan pada masa hadapan.
- Bagi proses pendaftaran itu, Mahkamah Syariah Negeri akan buat pengesahan terlebih dahulu ke atas perkahwinan itu. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad
- “Jika perkahwinan (di luar negara) itu sah berlaku (oleh Mahkamah Syariah) maka segera daftar di sini, namun mereka akan dikenakan denda mana jumlahnya ditentukan Mahkamah Syariah.”
- “Jika perkahwinan pasangan itu telah disahkan maka, tidak ada masalah untuk anak mereka memperoleh sijil kelahiran,” katanya.
IPOH: Pasangan tempatan dari Perak yang bernikah di luar negara termasuk di Thailand perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri itu bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa hadapan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi proses pendaftaran itu, Mahkamah Syariah Negeri akan membuat pengesahan terlebih dahulu ke atas perkahwinan itu.
Bagaimanapun, katanya mana-mana pasangan yang telah bernikah di luar negara akan berdepan denda RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
“Dalam erti kata lain, perkahwinan di luar negara ini pasangan itu harus balik ke Perak dan mendaftarkan perkahwinan mereka dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
“Jika perkahwinan (di luar negara) itu disahkan berlaku (oleh Mahkamah Syariah) maka segeralah berdaftar di sini, namun mereka akan dikenakan denda yang mana jumlahnya akan ditentukan Mahkamah Syariah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah; Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim serta Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Perak, Yusoff Razali.
Dalam pada itu, Saarani berkata sekiranya pasangan itu telah mendaftar perkahwinan mereka dengan JAIPk, anak yang dilahirkan boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.
“Jika perkahwinan pasangan itu telah disahkan maka, tidak ada masalah untuk anak mereka memperoleh sijil kelahiran.
“Memang tidak ada masalah perkahwinan di luar negara cuma, perlu mendaftarkan perkahwinan di negeri,” katanya lagi.
Mengulas Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak, Saarani berkata, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan sejak tahun lalu.
Katanya, program itu bagi membantu dan menjaga kebajikan anak-anak yatim, yatim piatu yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19.
“Pada tahun 2022 sahaja, pihak Felcra Berhad telah menyumbang RM252,000 dalam bentuk pembayaran dividen keuntungan kepada para penjaga.
“Bagi pelaksanaan pada tahun 2023 pula, sebanyak RM432,000 akan diperuntukan pihak Felcra Berhad untuk program ini,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times