Terkini
PAPSMA bantah tindakan monopoli agensi pengambilan pekerja asing
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) membantah sebarang tindakan monopoli oleh segelintir agensi pengambilan pekerja asing melalui sistem digital sedia ada dengan menggunakan sindiket daripada agensi-agensi pekerjaan di negara sumber tertentu.
- Setiausaha Agung PAPSMA, Dr. Sukumaran Nair berkata, sindiket berkenaan dipercayai mengeksploitasikan kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh.
- “Kerajaan diseru mengambil alih operasi sistem digital dan memperincikan struktur proses pengambilan pekerja asing serta-merta.
- “Kami juga menyeru kerajaan menamatkan polisi merekrut segolongan agensi pekerja asing dari negara sumber tersebut kerana ia tidak dijalankan secara teratur mengikut lunas polisi kerajaan sedia ada,” katanya.
PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) membantah sebarang tindakan monopoli oleh segelintir agensi pengambilan pekerja asing melalui sistem digital sedia ada dengan menggunakan sindiket daripada agensi-agensi pekerjaan di negara sumber tertentu.
Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, sindiket berkenaan dipercayai mengeksploitasikan kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh.
Kata beliau, walaupun ribuan kelulusan pengambilan diberikan, namun pekerja yang tiba di negara ini adalah begitu rendah.
“Kerajaan diseru mengambil alih operasi sistem digital dan memperincikan struktur proses pengambilan pekerja asing serta-merta.
“Kami juga menyeru kerajaan menamatkan polisi merekrut segolongan agensi pekerja asing dari negara sumber tersebut kerana ia tidak dijalankan secara teratur mengikut lunas polisi kerajaan sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau pada masa sama menyokong tindakan kerajaan yang giat melaksanakan program dan proses untuk memudahkan pengambilan pekerja asing untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor yang kekurangan kritikal tenaga kerja itu.
Program rekalibrasi dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membolehkan pekerja asing sedia ada dalam negara boleh terus diambil bekerja dengan mematuhi syarat ditetapkan disambut baik sebagaimana dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam pada itu, Sukumaran mahu penstrukturan semula sistem pengambilan pekerja asing mampu menangani sebarang unsur salah guna kuasa dan penyelewengan termasuk tindakan monopoli golongan tertentu.
Justeru, katanya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia diminta memandang serius tentang etika dan polisi kerajaan yang sedang dipraktikkan pada masa ini dalam perekrutan pekerja asing.
“Ini dapat menghindarkan mana-mana negara asing yang terlibat tidak menggangu proses dan protokol negara kita yang kini terjerumus di kategori Tahap Ketiga di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam sektor pengambilan pekerja asing Global.
“PAPSMA juga menyeru agar kementerian-kementerian terlibat mengadakan sesi dialog dan perjumpaan pihak persatuan, malah menyokong pertemuan dua hala antara Malaysia dan negara sumber bagi menyelesaikan masalah yang membantutkan proses kemasukan pekerja asing ke negara ini. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina