Connect with us

Antarabangsa

OIC hantar delegasi ke Afghanistan, bincang berkaitan hak wanita

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk menghantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Wartawan TMT

Published

on

OIC hantar delegasi ke Afghanistan, bincang berkaitan hak wanita
Foto: Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha
  • Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk hantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
  • “Kami berusaha hantar pasukan kedua Ulama ke Afghanistan untuk teruskan dialog mengenai keputusan melucutkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita Afghanistan,” – Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha
  • “Dialog tersebut akan beri tumpuan pada langkah-langkah yang merampas hak asasi wanita Afghanistan untuk pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.”
  • “Hak-hak ini merupakan keutamaan utama bagi dunia Islam,” katanya.

 

ANKARA, 20 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhasrat untuk menghantar delegasi ke Afghanistan untuk berbincang dengan kerajaan pimpinan Taliban mengenai hak wanita mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Berikutan mesyuarat luar biasa yang dimulakan oleh Turkiye, pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan yang dikenakan oleh Taliban ke atas wanita Afghanistan.

“Kami berusaha menghantar pasukan kedua Ulama ke Afghanistan untuk meneruskan dialog mengenai keputusan melucutkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita Afghanistan,” kata Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha pada mesyuarat itu.

Beliau berkata, dialog tersebut akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang merampas hak asasi wanita Afghanistan untuk pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.

“Hak-hak ini merupakan keutamaan utama bagi dunia Islam,” katanya.

Bagi pihaknya, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari negara Islam berhubung perkembangan terkini di Afghanistan.

Bulan lalu, kerajaan sementara Taliban melarang wanita daripada memasuki universiti dan bekerja dalam pertubuhan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa serta menyertai aktiviti politik. – Agensi

 

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending