Connect with us

Antarabangsa

Mexico haramkan merokok di tempat awam

Kerajaan Mexico menguatkuasakan satu daripada undang-undang anti tembakau paling tegas di dunia yang melarang sepenuhnya aktiviti merokok di tempat-tempat awam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Wartawan TMT

Published

on

Mexico haramkan merokok di tempat awam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Mexico menguatkuasakan undang-undang anti tembakau paling tegas di dunia yang melarang sepenuhnya aktiviti merokok di tempat-tempat awam.
  • Turut diharamkan pengiklanan, promosi dan tajaan oleh produk-produk tembakau. Ini bermaksud, iklan rokok juga tidak boleh dipaparkan di dalam kedai.
  • Vape dan rokok elektronik juga tertakluk di bawah peraturan baharu itu, terutamanya di dalam bangunan.

 

BANDAR RAYA MEXICO – Kerajaan Mexico menguatkuasakan satu daripada undang-undang anti tembakau paling tegas di dunia yang melarang sepenuhnya aktiviti merokok di tempat-tempat awam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Undang-undang tersebut yang mula diluluskan pada 2021 turut melibatkan larangan ke atas iklan bagi produk tembakau.

Beberapa negara Amerika Selatan juga telah meluluskan undang-undang mewujudkan ruang awam yang bebas rokok namun, undang-undang Mexico dianggap yang paling kukuh dan meluas di rantau Amerika.

Undang-undang sedia ada negara itu yang mula dikuatkuasakan pada 2008 telah mewujudkan ruang-ruang bebas rokok di bar, restoran dan tempat kerja.

Namun kini, ia diperluaskan dengan menguatkuasakan larangan di semua tempat awam termasuk taman, pantai, hotel, pejabat dan restoran.

Turut diharamkan sepenuhnya adalah pengiklanan, promosi dan tajaan oleh produk-produk tembakau. Ini bermaksud, iklan rokok juga tidak boleh dipaparkan di dalam kedai.

Selain itu, vape dan rokok elektronik juga tertakluk di bawah peraturan baharu itu, terutamanya di dalam bangunan.

Pengumuman terbaharu kerajaan Mexico itu disambut baik oleh Organisasi Kesihatan Pan Amerika yang memaklumkan bahawa penggunaan tembakau adalah satu-satunya punca kematian di dunia yang boleh dicegah.

Namun, bagi para perokok, mereka meluahkan kekecewaan terhadap undang-undang tersebut yang dianggap sebagai drakonian atau kejam kerana selepas ini, mereka hanya dibenarkan merokok di rumah atau kediaman peribadi.

 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending