Connect with us

Antarabangsa

Menteri Kesihatan di India maut ditembak polis

Seorang menteri di negeri Odisha di timur India maut selepas ditembak oleh seorang anggota polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri Kesihatan di India maut ditembak polis
Foto: Naba Kishore Das.
  • Menteri Kesihatan negeri Odisha di India, Naba Kishore Das meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas insiden serangan yang berlaku di bandar Brajrajnagar di daerah Jharsuguda pada Ahad.
  • Penyerang dikenal pasti sebagai Gopal Das, seorang penolong subinspektor.
  • Beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental, lapor media tempatan.

NEW DELHI, 30 Jan (Bernama) — Seorang menteri di negeri Odisha di timur India maut selepas ditembak oleh seorang anggota polis.

Menteri Kesihatan Odisha, Naba Kishore Das, 60, meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian yang berlaku di bandar Brajrajnagar di daerah Jharsuguda pada Ahad.

Penyerang dikenal pasti sebagai Gopal Das, seorang penolong subinspektor.

Anggota polis itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental, lapor media tempatan.

Naba Das dipercayai antara menteri terkaya dalam kabinet Ketua Menteri Naveen Patnaik.

Beliau gemar mengumpul pelbagai jenis kenderaan dan dilaporkan memiliki kira-kira 80 buah kenderaan, menurut akhbar Telegraph. — BERNAMA

Sumber: Bernama

 

Author