Connect with us

Antarabangsa

Menteri Iran gesa longgarkan peraturan berhijab

Seorang menteri Iran menggesa kerajaan melonggarkan peraturan dan menekankan toleransi yang lebih besar terhadap wanita..

Wartawan TMT

Published

on

Menteri Iran gesa longgarkan peraturan berhijab
Foto: Menteri Pelancongan dan Warisan, Ezzatollah Zarghami.
  • “Pemikiran tertutup, malangnya wujud di negara ini, tapi kita tidak boleh lagi bersikap keras terhadap rakyat.” – Menteri Pelancongan dan Warisan, Ezzatollah Zarghami
  • “Untuk bangunkan pelancongan dan tingkatkan kehidupan sosial, anda perlu buka ruang, fahami rakyat dan tidak tegas dengan mereka,” katanya.
  • Ezzatollah berkata, dia nasihatkan mana-mana lelaki berkelakuan kasar terhadap wanita tidak berhijab supaya pejamkan mata jika dengan cara melihatnya akan naikkan nafsu syahwat mereka.

TEHRAN: Seorang menteri Iran menggesa kerajaan melonggarkan peraturan dan menekankan toleransi yang lebih besar terhadap wanita yang tidak memakai hijab sejajar dalam tempoh protes berbulan-bulan lamanya yang dicetuskan daripada kematian dalam tahanan, Mahsa Amini.

Menteri Pelancongan dan Warisan, Ezzatollah Zarghami bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerajaan, beliau merujuk kepada fakta bahawa semakin ramai wanita dilihat tidak memakai hijab sejak kematian Amini pada 16 September.

“Pemikiran tertutup, malangnya wujud di negara ini, tetapi kita tidak boleh lagi bersikap keras terhadap rakyat.

“Untuk membangunkan pelancongan dan meningkatkan kehidupan sosial, anda perlu membuka ruang, memahami rakyat dan tidak tegas dengan mereka,” kata Ezzatollah, lapor agensi berita ISNA dan beberapa akhbar.

Ezzatollah berkata, dia menasihatkan mana-mana lelaki yang berkelakuan kasar terhadap wanita yang tidak berhijab supaya memejamkan mata jika dengan cara melihatnya akan menaikkan nafsu syahwat mereka.

Amini, seorang Kurdis Iran berusia 22 tahun, meninggal dunia dalam tahanan selepas ditangkap oleh polis moral kerana didakwa melanggar kod pakaian yang ketat di negara itu.

Ezzatollah dikritik hebat oleh ultra konservatif pada Oktober lalu selepas dilaporkan mengkritik polis moral.

Sejak tercetusnya protes, unit polis moral yang didakwa melaksanakan peraturan hijab kurang kelihatan di jalanan dan wanita semakin berani turun ke jalan raya tanpa bertudung wajib.

Tetapi pihak berkuasa memberi isyarat ketat kepada semua wanita di negara itu sejak awal tahun dengan polis memberi amaran bahawa wanita mesti memakai tudung walaupun di dalam kereta.

Awal bulan ini, ketua pendakwa raya mengeluarkan arahan di mana polis diperintahkan untuk menghukum dengan tegas sebarang pelanggaran hijab dan mahkamah harus menjatuhkan hukuman dan denda kepada pelanggar, dengan penalti tambahan seperti buang negeri, larangan mengamalkan profesion tertentu dan menutup tempat kerja.

Iran berkata beratus-ratus orang, termasuk anggota keselamatan terbunuh dan beribu-ribu ditangkap berkaitan dengan protes yang secara umumnya mereka sifatkan sebagai rusuhan.-AFP

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending