Connect with us

Antarabangsa

Tajikistan dikecam haramkan hijab

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.
  • Frasa diketahui ramai ini dikatakan bermaksud menyasarkan pakaian orang Islam, termasuk tudung, menurut kenyataan akhbar CAIR di laman sesawangnya.
  • Suruhanjaya Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF) dalam laporan tahunan 2024 mengesyorkan Tajikistan ditetapkan sebagai salah satu Countries of Particular Concern (CPC).
  • “Pada 2023, keadaan kebebasan beragama di Tajikistan kekal teruk kerana kerajaannya terus menyekat dan menghukum aktiviti keagamaan warganya, termasuk mereka yang tinggal di luar negara. 
  • “Di bawah undang-undang Kebebasan Kepercayan dan Persatuan Agama (undang-undang agama), kerajaan melarang aktiviti keagamaan yang tidak berdaftar, mengehadkan pendidikan agama, menyekat import dan pengedaran bahan keagamaan, dan mengekalkan syarat-syarat diskriminasi mendaftar masjid dan pelantikan Imam (Muslim Clergy), antara tindakan lain,” kata USCIRF dipetik CAIR.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.

Frasa diketahui ramai ini dikatakan bermaksud menyasarkan pakaian orang Islam, termasuk tudung, menurut kenyataan akhbar CAIR di laman sesawangnya.

Draf pindaan itu dijangka diluluskan dan ditandatangani menjadi undang-undang selepas ini.

Suruhanjaya Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF) dalam laporan tahunan 2024 mengesyorkan Tajikistan ditetapkan sebagai salah satu Countries of Particular Concern (CPC).

“Pada 2023, keadaan kebebasan beragama di Tajikistan kekal teruk kerana kerajaannya terus menyekat dan menghukum aktiviti keagamaan warganya, termasuk mereka yang tinggal di luar negara. 

“Di bawah undang-undang Kebebasan Kepercayaan dan Persatuan Agama (undang-undang agama), kerajaan melarang aktiviti keagamaan yang tidak berdaftar, mengehadkan pendidikan agama, menyekat import dan pengedaran bahan keagamaan, dan mengekalkan syarat-syarat diskriminasi mendaftar masjid dan pelantikan Imam (Muslim Clergy), antara tindakan lain,” kata USCIRF dipetik CAIR.

“Kebebasan beragama termasuk hak memakai apa yang dipilih, termasuk tudung, serban Sikh, yarmulke Yahudi, jubah Buddha, atau kebiasaan Kristian.

“Pemakaian pakaian keagamaan haruslah mengikut kesedaran dan kepercayaan individu, bukan perintah diskriminasi kerajaan,” kata Pengarah Penyelidikan & Advokasi CAIR Corey Saylor dalam satu kenyataan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending