Connect with us

Antarabangsa

Mengaku sebagai jantina lain untuk derma darah dibenarkan di AS – Palang Merah Amerika

Palang Merah Amerika kini membenarkan penderma darah untuk mengisytiharkan jantina pilihan mereka, demikian lapor Reduxx.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palang Merah Amerika kini membenarkan penderma darah untuk mengisytiharkan jantina pilihan mereka.
  • Perkara ini membolehkan lelaki homoseksual atau biseksual mengakui sebagai ‘wanita’ atau ‘transgender’ untuk dikecualikan daripada syarat tiada aktiviti seksual selama tiga bulan untuk menjadi penderma.
  • Syarat terkini ditetapkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) bagi lelaki homoseks ialah mereka tidak boleh melakukan aktiviti seksual selama tiga bulan untuk melayakkan diri sebagai penderma.

Palang Merah Amerika kini membenarkan penderma darah untuk mengisytiharkan jantina pilihan mereka, demikian lapor Reduxx.

Perubahan kepada syarat kelayakan penderma darah itu dibuat selaras cadangan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk mengesahkan jantina bakal penderma berdasarkan pilihan mereka, bukannya biologi.

Perkara ini membolehkan lelaki homoseksual atau biseksual mengakui sebagai ‘wanita’ atau ‘transgender’ untuk dikecualikan daripada syarat tiada aktiviti seksual selama tiga bulan untuk menjadi penderma.

Terdahulu, FDA melonggarkan syarat menderma darah bagi lelaki homoseksual kerana menyekat mereka dari menderma darah sebelum ini dianggap ‘mendiskriminasi’ golongan LGBT.

Oleh itu, syarat terkini bagi lelaki homoseks ialah mereka tidak boleh melakukan aktiviti seksual selama tiga bulan untuk melayakkan diri sebagai penderma.

Bagaimanapun, syarat itu terbatal serta merta jika lelaki itu mengaku sebagai wanita.

Wanita homoseks tidak tertakluk kepada syarat tiga bulan itu kerana risiko jangkitan HIV dan penyakit jangkitan seks lain tidak begitu tinggi dalam kalangan mereka.

Bagi wanita biseksual pula, syarat tersebut bergantung kepada aktiviti seksual mereka bersama pasangan lelaki.

 

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending