Connect with us

Antarabangsa

Lelaki gay, biseksual dibenar derma darah di AS

Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki gay, biseksual dibenar derma darah di AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif seksual daripada menderma darah.
  • Garis panduan FDA memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku seksual tanpa mengira jantina dan identiti seksual mereka. Ia sebaliknya mengukur risiko penularan HIV berdasarkan amalan seksual semata-mata.
  • Orang ramai yang menjalin hubungan monogami tanpa mengira orientasi seksual sama ada lelaki dan wanita, akan layak untuk menderma darah.
  • Ia juga merangkumi golongan wanita yang melakukan hubungan seks melalui dubur. Kelulusan diberikan jika mereka tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah.

Menurut akhbar New York Post, keputusan dibuat dengan mengetepikan sekatan yang dilaksanakan sejak krisis AIDS pada tahun 1980-an

Garis panduan persekutuan baharu yang dikemas kini itu diumumkan kelmarin. Ia menandakan kemenangan untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pakar-pakar kesihatan yang sekian lama menganggap larangan itu sebagai diskriminasi.

Garis panduan terkini FDA memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku seksual individu tanpa mengira jantina dan identiti seksual mereka. Ia sebaliknya mengukur risiko penularan virus imun (HIV) berdasarkan amalan seksual semata-mata.

“FDA mengumumkan perubahan larangan derma darah dengan menggunakan soalan berasaskan risiko individu bagi mengurangkan penularan HIV,” kata FDA.

Orang ramai yang menjalin hubungan monogami tanpa mengira orientasi seksual sama ada lelaki dan wanita, akan layak untuk menderma darah.

Garis panduan itu juga merangkumi golongan wanita yang melakukan hubungan seks melalui dubur. Kelulusan diberikan jika mereka tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.

Penderma yang melakukan hubungan seks melalui dubur atau mempunyai pasangan seksual baharu akan diarahkan untuk menunggu sehingga tiga bulan, kata FDA.

Sebelum ini, peraturan FDA hanya melarang lelaki yang melakukan hubungan sejenis daripada menderma darah.

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending