Connect with us

Antarabangsa

Masalah kesihatan mental Muslim di Dearborn, AS meningkat 31 peratus

Masyarakat Islam di bandar Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat (AS), menghadapi masalah kesihatan mental yang semakin meningkat, demikian menurut rekod aktiviti kesihatan mental pada 2022 hasil kerjasama polis dan pekerja sosial tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Masalah kesihatan mental Muslim di Dearborn, AS meningkat 31 peratus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rekod aktiviti kesihatan mental 2022 hasil kerjasama polis dan pekerja sosial tempatan menunjukkan berlaku peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Islam di bandar Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat (AS).
  • Lebih 1,000 panggilan kecemasan kesihatan mental sepanjang tahun sehingga 21 Disember 2022, meningkat 31 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Polis Dearborn.
  • “Kita mempunyai cabaran dalam semua budaya, termasuk stigma tentang kesihatan mental dan kesukaran untuk bercakap mengenainya, tetapi terdapat beberapa perkara yang sangat menonjol dalam budaya Muslim,” – presiden Institut Kesihatan Mental Muslim, Harnada Hamid Altalib

Masyarakat Islam di bandar Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat (AS), menghadapi masalah kesihatan mental yang semakin meningkat, demikian menurut rekod aktiviti kesihatan mental pada 2022 hasil kerjasama polis dan pekerja sosial tempatan.

Memetik laporan Middle East Eye, pihak polis Dearborn menerima lebih 1,000 panggilan kecemasan kesihatan mental sepanjang tahun sehingga 21 Disember 2022, peningkatan 31 peratus daripada tahun sebelumnya.

Dearborn adalah salah satu bandar dengan masyarakat Muslim terbesar di AS dan juga dikenali sebagai ibu negara Arab Amerika. Isu kesihatan mental penduduk di sana bertambah teruk kerana stigma masyarakat Islam berkenaan penyakit itu.

“Kita mempunyai cabaran dalam semua budaya, termasuk stigma tentang kesihatan mental dan kesukaran untuk bercakap mengenainya, tetapi terdapat beberapa perkara yang sangat menonjol dalam budaya Muslim,” kata Presiden Institut Kesihatan Mental Muslim, Harnada Hamid Altalib.

“Anda akan mempunyai ketidakpercayaan terhadap sistem jika anda seorang pendatang dan bukan di negara asal anda, dan terdapat keengganan untuk berjumpa doktor. Khususnya orang Islam, terdapat kebimbangan mengenai Islamofobia dalam sistem.”

Polis Dearborn, Jabatan Kesihatan Awam bandar dan Pusat Komuniti Arab untuk Perkhidmatan Ekonomi dan Sosial (Access) telah bekerjasama untuk menangani isu kesihatan mental di bandar itu.

Bulan lalu, Access memulakan program dengan menempatkan pekerja sosial di dalam jabatan polis untuk menjawab panggilan kecemasan berkaitan kesihatan mental.

Di seluruh AS pula, masyarakat sedang membahaskan cara membetulkan sistem penjagaan kesihatan mental mereka, dan beberapa wakil masyarakat berpendapat pihak polis tidak cukup terlatih untuk menangani kecemasan berkaitan kesihatan mental.

Bunuh diri dalam masyarakat Islam

Di AS, bunuh diri adalah punca utama kematian. Data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan kira-kira 12.2 juta orang dewasa serius memikirkan tentang bunuh diri, 3.2 juta merancang percubaan membunuh diri dan 1.2 juta percubaan membunuh diri pada 2020.

Jumlah itu meningkat pada tahun berikutnya, di mana terdapat kira-kira 23 kematian akibat bunuh diri bagi setiap 100,000 lelaki, berbanding kira-kira enam bagi setiap 100,000 wanita.

Dalam kajian 2021 yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, hampir lapan peritus responden umat Islam melaporkan pernah cuba membunuh diri dalam hidup mereka, berbanding enam peratus penganut Katolik, lima peratus Protestan dan 3.6 peratus Yahudi.

Terdahulu, pakar kesihatan mental memberitahu Middle East Eye bahawa walaupun stigma itu wujud dalam setiap komuniti, namun ia amat serius dalam kalangan umat Islam apabila masalah kesihatan mental kadangkala dikaitkan dengan kekurangan iman.

“Apabila seseorang berkata: ‘Anda harus lebih banyak beribadah; ia akan membantu anda dengan kemurungan.’ Itu tidak selalu benar. Malah, dalam sesetengah kes, ia tidak benar sama sekali.

“Tetapi apa yang benar ialah jika seseorang mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan agama mereka, ia berfungsi sebagai perlindungan untuk masalah kesihatan mental yang teruk atau bunuh diri, dan itu telah ditunjukkan melalui penyelidikan,” kata ahli psikologi klinikal berlesen dan timbalan pengarah Khalil Center, Fahad Khan pada 2021.

 

Sumber: Middle East Eye

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending