Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Muslim diserang, didera pelampau Hindu hanya kerana sambut hari lahir rakan wanita Hindu

Sekumpulan ahli Bajrang Dal menyerang lelaki Islam sewaktu meraikan hari lahir rakannya yang beragama Hindu di Mig Colony, India.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Muslim diserang, didera pelampau Hindu hanya kerana sambut hari lahir rakan wanita Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan ahli Bajrang Dal menyerang lelaki Islam sewaktu meraikan hari lahir rakannya yang beragama Hindu di Mig Colony di daerah Indore, Madhya Pradesh, India.
  • Lelaki Bajrang Dal yang mendakwa berlakunya ‘jihad cinta’ telah menyerbu masuk ke dalam flat seorang gadis berusia 24 tahun yang meraikan hari jadinya bersama rakan-rakannya lalu bertindak mendera dan menyerang lelaki Islam itu di parti tersebut. 
  • Gadis itu memberitahu polis tiada sebarang isu ‘jihad cinta’ seperti didakwa, sebaliknya mereka hanya meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan lain.

Sekumpulan ahli Bajrang Dal menyerang lelaki Islam sewaktu meraikan hari lahir rakannya yang beragama Hindu di Mig Colony di daerah Indore, Madhya Pradesh, India lapor Maktoob Media.

Lelaki Bajrang Dal yang mendakwa berlakunya ‘jihad cinta’ telah menyerbu masuk ke dalam flat seorang gadis berusia 24 tahun yang meraikan hari jadinya bersama rakan-rakannya lalu bertindak mendera dan menyerang lelaki Islam itu di parti hari jadi tersebut.

Kumpulan pelampau itu membiarkan mereka yang beragama Hindu untuk keluar dari kekecohan tersebut.

Sebuah video tular menunjukkan kumpulan itu menyerang pemuda Islam sambil melaungkan slogan “Jai Shri Ram”, malah mereka turut mengekori kenderaan polis yang membawa lelaki Islam itu ke Balai Polis Mig Colony seperti dipaparkan video yang dikongsi wartawan Kashif Kakvi.

Gadis beragama Hindu terbabit bagaimanapun enggan membuat sebarang laporan polis sekalipun dipaksa membuat aduan ke atas lelaki Islam yang juga merupakan rakannya. 

Gadis itu dilaporkan berkata kepada polis bahawa tiada sebarang isu ‘jihad cinta’ seperti didakwa sebaliknya mereka hanya meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan lain.

Pemimpin Bajrang Dal, Manoj Yadav, memberitahu pemberita bahawa mereka menyerbu masuk ke rumah gadis itu kerana mereka mengetahui orang Islam dan Hindu sedang meraikan hari lahir secara bersama.

Pegawai Polis Mig Colony, Seema Sharma berkata tiada jihad cinta atau isu penukaran agama secara paksa dalam kejadian itu, bagaimanapun polis akan menyiasat kejadian itu secara terperinci.

Untuk rekod, ‘jihad cinta’ adalah satu istilah yang diguna pakai bagi menggambarkan amalan pertukaran agama wanita Hindu kepada Islam mengikut agama suaminya.

Nasionalis Parti Bharatiya Janata (BJP) mendakwa ia menjadi strategi lelaki Islam di India untuk menambah penduduk beragama Islam di negara itu dengan mencintai dan mengahwini wanita Hindu, sekali gus memaksa mereka memeluk agama Islam.

Sumber : Maktoob media

 

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending