Connect with us

Antarabangsa

Lelaki bunuh bapa kandung selepas diliwat bertahun-tahun

Seorang lelaki di Britain dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh bapanya dalam serangan yang bersenjatakan pisau selepas menjadi..

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki bunuh bapa kandung selepas diliwat bertahun-tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Paul Maurice, 52, ditikam lebih 30 kali di bahagian belakang dan dadanya pada 14 September 2021. 
  • Sean Maurice, 31, mengaku telah bunuh bapanya tapi selepas perbicaraan di Mahkamah Jenayah Old Bailey, dia dibebaskan dari tuduhan membunuh.
  • “Saya tidak rugi apa-apa. Anda cuba menangkap saya kerana saya memukul bapa yang dera saya. Dia meliwat saya dan anda mahu menangkap saya? Apakah jenis keadilan ini?” – Mangsa keganasan seksual, Sean Maurice

LONDON – Seorang lelaki di Britain dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh bapanya dalam serangan yang bersenjatakan pisau selepas menjadi mangsa keganasan seksual selama bertahun-tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Paul Maurice, 52, ditikam lebih 30 kali di bahagian belakang dan dadanya pada 14 September 2021. 

Sean Maurice, 31, mengaku telah membunuh bapanya tetapi selepas perbicaraan di Mahkamah Jenayah Old Bailey, dia dibebaskan daripada tuduhan membunuh.

Pendakwa raya, William Emlyn Jones berkata, kejadian itu dilaporkan oleh jiran Maurice ketika menemui mangsa di rumah mereka di Bromley, London.

Sebelum disahkan maut, Maurice memberitahu jirannya bahawa dia tidak ingin mati, sebelum rebah di depan pintu rumah mereka selepas serangan itu.

Semasa Maurice dirawat oleh perkhidmatan kecemasan, seorang pegawai polis bertanya kepadanya akan siapa yang bertanggungjawab atas serangan itu dan dia menjawab: “Sean.”

Maurice disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 11.56 malam (waktu tempatan). Sean ditahan beberapa jam kemudian ketika berlari melalui taman belakang di kawasan berhampiran.

“Saya tidak rugi apa-apa. Anda cuba menangkap saya kerana saya memukul bapa yang mendera saya. Dia meliwat saya dan anda mahu menangkap saya? Apakah jenis keadilan ini?” katanya kepada polis.

Semasa perbicaraan mahkamah, Hakim Dennis Watson berkata: “Kakak dan abang anda bercakap tentang penderaan yang sama dilakukan bapanya. Atas bukti yang saya dengar, saya menerima bahawa pengalaman anda adalah yang paling teruk.

 “Saya juga menerima bahawa penderaan ini telah menyebabkan anda mengalami kesan sampingan yang berpanjangan.” kata Watson. – Agensi 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending