Terkini
KKM jumpa Menteri Agama cari titik temu selari dasar dan polisi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)..
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mencapai titik temu keselarian dasar dan polis kedua-dua kementerian untuk bekerja sebagai satu pasukan.
- Kedua-dua kementerian itu dalam kenyataan bersama berkata, hasil perbincangan tersebut mereka bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengadakan pertemuan mahabbah bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mencapai titik temu keselarian dasar dan polis kedua-dua kementerian untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Kedua-dua kementerian itu dalam kenyataan bersama berkata, hasil perbincangan tersebut mereka bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan.
“Perbincangan antara YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan Menteri Agama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar banyak menyentuh mengenai isu-isu kesihatan dan agama.
“Hal ini berikutan, terdapat beberapa isu kesihatan yang menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan persepsi tidak baik disebarkan dalam kalangan masyarakat.
“Perbincangan juga bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan.
“Perkara ini penting agar segala keputusan yang dicapai memberi manfaat yang murni kepada rakyat merentas kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan di Facebook Dr Zaliha Mustafa.
Turut hadir dalam perbincangan itu adalah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli; Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA), Dr Anita Suleiman; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff dan Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sebelum ini, tinjauan The Merdeka Times di media sosial mendapati rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran agamawan mahupun mufti mengeluarkan kenyataan terkait isu pemberian ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada pengamal homoseksual yang negatif HIV.
Netizen berpandangan, agamawan mahupun mufti tiada kredibiliti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan apabila melibatkan isu kesihatan mahupun perubatan. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr. Zaliha Mustafa
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini24 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar