Terkini
Jeti runtuh di Semporna: KPM bincang penambahbaikan infrastruktur
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat bagi membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti Kampung Papabag, Semporna, Sabah yang roboh hari ini.

- KPM dalam satu kenyataan berkata, sesi libat urus membincangkan penambaikan kemudahan infrastruktur dijalankan bagi memastikan insiden jeti runtuh di Kampung Papabag, Semporna, Sabah tidak berulang.
- āKPM memandang serius terhadap insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan selain keadaan struktur jeti yang selamat digunakan. – Kementerian Pendidikan Malaysia.
- āKPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah,ā katanya.
- Sebelum ini tular video jeti roboh di Kg Papabag melibatkan 25 murid sekolah, termasuk murid tabika KEMAS, menyaksikan guru terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa terlibat.
PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat bagi membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti Kampung Papabag, Semporna, Sabah yang roboh hari ini.
KPM dalam satu kenyataan berkata, sesi libat urus bagi membincangkan penambaikan kemudahan infrastruktur itu dijalankan bagi memastikan kejadian seumpanya tidak berulang.
āKPM ingin merujuk kepada insiden jeti roboh di Kampung Papabag, Semporna, Sabah yang melibatkan lebih kurang 25 orang murid sekolah termasuk murid tabika KEMAS dan dua orang guru Sekolah Kebangsaan Pulau Papabag pada pukul 6.45 pagi.
āSebagai makluman, laporan awal diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah.
āAkibat daripada runtuhan tersebut, dua orang murid cedera ringan manakala mangsa lain dilaporkan selamat,ā katanya tadi.
KPM berkata, pihaknya melalui PPD Semporna juga telah mengambil langkah dengan menyiasat punca kejadian dan menyediakan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat.
āKPM memandang serius terhadap insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan selain keadaan struktur jeti yang selamat digunakan.
āUsaha memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan terus digiatkan.
āKPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah,ā jelasnya.
Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan sekumpulan murid terjatuh ke dalam laut selepas jeti digunakan mereka roboh.
Menerusi video tular itu juga, kelihatan beberapa orang guru turun terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan mangsa terlibat. -KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo
