Connect with us

Terkini

HIV: PrEP tidak akan gantikan langkah pencegahan sedia ada

“PrEP is not going to replace. Ia tidak akan menggantikan pencegahan yang ada. Kita masih lagi berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom, contohnya. But under substance abuse yang tidak memungkinkan mereka untuk menggunakan kondom, maka this is where drug (D), dalam hal ini PrEP, place an important role,” kata Dr Anita Suleiman, Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

HIV: PrEP tidak akan gantikan langkah pencegahan sedia ada
Foto: Dr Anita Suleiman.
  • Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Anita Suleiman berkata PrEP tidak akan ganti langkah pencegahan kerana masih berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom.
  • “Kita telah berjaya mengurangkan jangkitan kalangan penagih dadah suntikan, tetapi  sejak 10 tahun lalu, tiada penurunan kerana, 95% kes kita adalah hubungan seksual dan kita tahu seksual ini taboo yang tidak boleh kita nak bercakap lantang dan sebagainya,” katanya.
  • Peningkatan STD dan ubat PrEP yang lain adalah nephrotoxins yang memerlukan monitoring on kidney problem dan kerana itulah langkah pencegahan seperti abstinen perlu dilaksanakan.

KUALA LUMPUR, 01 Januari 2023 – “PrEP is not going to replace. Ia tidak akan menggantikan pencegahan yang ada. Kita masih lagi berpaksikan ABCD. A – abstinence, B – behaviour change, daripada yang berisiko kepada yang kurang berisiko, C – kita advice to use condom, contohnya. But under substance abuse yang tidak memungkinkan mereka untuk menggunakan kondom, maka this is where drug (D), dalam hal ini PrEP, place an important role,” kata Dr Anita Suleiman, Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.

Katanya lagi, sebelum ini, epidemik HIV di Malaysia menunjukkan penurunan. Namun, malangnya, tiada lagi penurunan HIV yang berlaku sejak 10 tahun lalu. Hal ini kerana 95% kes HIV adalah disebabkan hubungan seksual.

“Kita telah berjaya mengurangkan jangkitan dalam kalangan penagih dadah suntikan, tetapi malangnya, sejak 10 tahun lalu, kita sudah tidak lagi melihat penurunan kerana majoriti kes kita, 95% kes kita adalah hubungan seksual dan kita tahu seksual ini taboo yang tidak boleh kita nak bercakap lantang dan sebagainya.”

Dalam wacana sama, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan bahawa data mungkin menunjukkan bahawa HIV menurun sekiranya penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) diperluaskan, namun, aktiviti berisiko tinggi seperti seks anal masih tetap ada.

“We may settle one problem, but we may create other problem. Macam saya kata peningkatan STD dan ubat PrEP yang lain adalah nephrotoxins yang memerlukan monitoring on kidney problem.”

Kerana itulah langkah pencegahan seperti abstinen perlu dilaksanakan.

Sumber: Samudera

 

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending