Antarabangsa
Hindutva jadi “alat politik” BJP menang pilihan raya di India
Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat pada Selasa.
- Parti BJP didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat.
- Menurutnya, fahaman itu berjaya meningkatkan undi terhadap parti berkenaan terutamanya di kawsaan Gujarat dan Uttar Pradesh.
- Begitupun, ujarnya, masih terdapat sebilangan rakyat yang mempunyai rungutan terhadap BJP.
INDIA – Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat pada Selasa.
Menurutnya, fahaman itu berjaya meningkatkan undi terhadap parti berkenaan terutama di Gujarat dan Uttar Pradesh.
Begitupun, ujarnya, masih terdapat sebilangan rakyat yang mempunyai rungutan terhadap BJP.
“Ini disebabkan penggunaan Hindutva sebagai alat politik. Bagaimanapun, polarisasi undi adalah kurang di Uttar Pradesh, itulah sebab mengapa bilangan kerusi mereka berkurangan,” katanya dipetik portal The Indian Express.
Hindutva merujuk kepada golongan nasionalis Hindu dan BJP sering dilihat sebagai lubuk pelampau Hindutva yang mahu menjadikan India negara Hindu sehingga menindas kelompok minoriti lain, termasuk Muslim dan Kristian.
Sumber: The Indian Express
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina